Tuesday, December 23, 2008

Ekstreme Magic


Oleh kerana sambutan CD " Aku Magic" mendapat sambutan hangat dari peminat. Kini saya menerbitkan sebuah lagi CD baru yang bertajuk "Ekstreme Magic". Magic ini terdiri dari tiga buah magic iaitu:
Magic ini sesuai untuk magician tahap profesional. Bagi meningkatkan lagi kemahiran magic anda, tidak rugi anda memiliki CD ini. Untuk yang baru belajar saya galakkan anda membeli CD "aku magic"...untuk yang ingin meningkatkan ilmu magic ke tahap ekstreme boleh lah beli CD ini...peluang ini jangan dipersiakan, anda akan dapat belajar magic lain dari yang lain dan sememangnya ramai magician yang ingin mengetahui rahsianya...

Harga CD = RM10.00
Wang Pos = RM5.00
Jumlah =RM15.00

Di bawan ni ada trailer CD "Ekstreme Magic". Sekiranya anda berminat sila berhubung dengan saya.. MAGICCCC!!!!

Monday, December 22, 2008

Aku Kembali....

Setelah hampir seminggu bercuti akhirnya aku kembali semula...percutian berakhir di Kudat sebelum pulang semula ke Tawau...memang gembira dapat bercuti bersama isteri dan anak..aku dan keluarga bemalam di banjaran crocker, Labuan ( coklat sangat murah), One Borneo yang baru sahaja dibuka, Simpang Mengayau dan Poring di Ranau. Perjalanan tawau ke Kota Kinabalu mengambil masa 12 jam...fuh!!! memang letih...Ada juga barang magic yang sempat dibeli di One Borneo....dan sempat juga membuat persembahan magic....tempahan CD semasa saya bercuti juga tidak putus-putus...Terima kasih kerana menyokong magic saya..orang Penang , Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sabah dan ramai lagi....TQ so much...Mulai Isnin saya akan pos pesanan-pesanan yang tertangguh...jangan risau...sepanjang percutian saya juga, saya dapat lihat kerjaya magician ni kian diminati ramai terutama golongan kanak-kanak dan remaja...tidak hairan magic di Malaysia ini bakal mendapat tempat di hati rakyat Malaysia..penjualan CD dibuka semula untuk semua rakyat Malaysia...TQ

Sunday, December 14, 2008

Bercuti di Kota Kinabalu....


InsyaAllah 16 Disember 2008 saya, Isteri dan anak akan bercuti di Kota Kinabalu. Kami akan berkonvoi bersama famili saya yang lain. Untuk sementara waktu ini, saya terpaksa memberhentikan seketika penjualan CD magic saya. Semua pesanan saya telah hantar dengan pos ekspress mungkin seminggu dua akan tiba di alamat anda.. Ramai yang memberi respon akan magic saya, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi respon akan magic saya. Tidak kurang juga yang memberi email dan sms yang ingin belajar magic dari saya. Terima kasih saya ucapkan. Untuk warga Kota Kinabalu, sekiranya anda terjumpa saya dan kenal saya, tegurlah saya. saya akan buat magic secara live untuk anda....Saya akan bercuti sekitar Labuan, Tuaran, Bandar Kota Kinabalu, Simpang Mengayau Kudat. Kalau berkesempatan saya akan buat magic untuk orang ramai. Selamat bercuti untuk semua. Magic itu seni yang ajaib.Terima kasih untuk peminat magic tawau...Jangan lupa sekiranya anda kenal, tegur saya dan Magic live untuk anda...

Di bawah blog saya ni, saya telah add-kan MagictawauTV, banyak video-video magic saya yang anda boleh lihat. kalau ada video terbaru saya akan upload ke dalam Youtube..Tidak lagi terus ke blog ini..nak upload ke blog ni sangat susah.. asyik2 failed syak...banyak lagi magic-magic yang best belum saya upload lagi..mungkin lepas bercuti dari Kota Kinabalu saya akan buat rakaman baru..Saya perlu buat rakaman sebanyak yang boleh sebelum persekolahan bermula. kalau sekolah dah buka, comfirm sibuk 24 jam...berkesempatan cuti ini lah saya rakam magic-magic saya..hu,hu,hu.. Saya selalu teringat akan kata Ulamak Indonesia Ustaz Abdullah Gymnastiar " Kita kena meng-improv diri kita better,better, better.." . Kata-katanya saya pegang untuk memajukan diri dalam hidup ini..

Friday, December 12, 2008

CD "Aku Magic" hanya RM10


Tidak ada gunanya jika saya melakukan magic dan disimpan sampai mati. Adalah lebih baik saya berkongsi kepada sesiapa yang berminat. Dalam CD "Aku Magic" ada pelbagai magic yang baru dan hebat untuk dipelajari. Kepada sesiapa yang berminat dengan dunia magic, CD ini sangat bersesuaian. Aras magic dari rendah hingga ke aras tinggi semua terdapat dalam CD tersebut. Magic seperti Magic cola (magic david blaine), imposibble coin, Syiling menjadi bengkok, CD terapung, duit hilang ditangan, cincin bergerak sendiri dan banyak lagi semuanya dikumpulkan dalam satu CD hanya RM10.( tidak termasuk wang pos). Tidak rugi untuk anda untuk memilikinyaa. Mungkin CD saya boleh menjadi wadah anda untuk bergelar magician suatu hari nanti atau untuk sekadar hiburan seisi keluarga. Hubungi saya jika anda berminat.
MAGIC ITU SENI YANG AJAIB...

Magic hangat dalam "aku magic":
Milikinya sekarang, anda pasti teruja dengan magic saya....