Sunday, December 14, 2008

Bercuti di Kota Kinabalu....


InsyaAllah 16 Disember 2008 saya, Isteri dan anak akan bercuti di Kota Kinabalu. Kami akan berkonvoi bersama famili saya yang lain. Untuk sementara waktu ini, saya terpaksa memberhentikan seketika penjualan CD magic saya. Semua pesanan saya telah hantar dengan pos ekspress mungkin seminggu dua akan tiba di alamat anda.. Ramai yang memberi respon akan magic saya, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi respon akan magic saya. Tidak kurang juga yang memberi email dan sms yang ingin belajar magic dari saya. Terima kasih saya ucapkan. Untuk warga Kota Kinabalu, sekiranya anda terjumpa saya dan kenal saya, tegurlah saya. saya akan buat magic secara live untuk anda....Saya akan bercuti sekitar Labuan, Tuaran, Bandar Kota Kinabalu, Simpang Mengayau Kudat. Kalau berkesempatan saya akan buat magic untuk orang ramai. Selamat bercuti untuk semua. Magic itu seni yang ajaib.Terima kasih untuk peminat magic tawau...Jangan lupa sekiranya anda kenal, tegur saya dan Magic live untuk anda...

Di bawah blog saya ni, saya telah add-kan MagictawauTV, banyak video-video magic saya yang anda boleh lihat. kalau ada video terbaru saya akan upload ke dalam Youtube..Tidak lagi terus ke blog ini..nak upload ke blog ni sangat susah.. asyik2 failed syak...banyak lagi magic-magic yang best belum saya upload lagi..mungkin lepas bercuti dari Kota Kinabalu saya akan buat rakaman baru..Saya perlu buat rakaman sebanyak yang boleh sebelum persekolahan bermula. kalau sekolah dah buka, comfirm sibuk 24 jam...berkesempatan cuti ini lah saya rakam magic-magic saya..hu,hu,hu.. Saya selalu teringat akan kata Ulamak Indonesia Ustaz Abdullah Gymnastiar " Kita kena meng-improv diri kita better,better, better.." . Kata-katanya saya pegang untuk memajukan diri dalam hidup ini..

No comments: