Thursday, January 29, 2009

Magic can make us smile....

Nothing impossible, magic can make us smile. Throughout, i was as a magician, many cheerful face i already see. A smile is not an act but it is from sincerely of heart.Magic can make us laugh, especially child. Magic synonym with child. The child make my magic more cheerful.M aking spectator consoled its important for all magician. If magician failed to comfort the spectator, its means the magician was failed. Spectator smile its the key to be a glory for all magician in the world...that its a truly magic for a magician....

"Twist Arm" its my succesfull performing because i making a smile to a spectator face...Magic can make us smile...

Monday, January 26, 2009

Frozen Coin by tawau magic



Akhirnya aku berjaya menguasai magic ini. Setelah bertungkus lumus mencari penyelesaiannya dapat juga aku membuatnya. Aku berjaya membekukan duit syiling hanya dengan satu tiupan. Aku anggap magic ini magic yang paling aku kagumi. Adalah perkara mustahil membekukan sesuatu benda hanya dengan satu tiupan. Tambahan dikawasan malaysia ini bukanlah kawasan yang sejuk. Namun segalanya terjawab melalui magic. Untuk peminat-peminat magic di Malaysia, saya akan menyimpan rahsia magic ini buat sementara. Ini bermaksud saya tidak akan menjual magic ini. Kecuali anda tawar dengan harga RM 1 juta..hua,hua,hua...magic ini saya pelajari dari Adam Grace from Ellusionist...selamat menghayati magic saya...Magicccc!!!!

Gerhana Matahari Magic dari Tuhan

Hari ini adalah sambutan tahun baru bagi kaum berbangsa cina di Malaysia. Hari ini juga, berlakunya keajaiban dari Tuhan iaitu gerhana matahari. Gerhana matahari cincin ini akan berlaku sekitar 4.00 petang hingga 6.oo petang pada 26 Januari 2009. Pulau Jawa antara kawasan yang akan menyaksikan Gerhana Matahari Cincin pada waktu tersebut. Kawasan-kawasan lain yang berhampiran Indonesia juga turut dapat melihat keajaiban Tuhan ini. Di Tawau juga menampakkan gerhana matahari tersebut. Saya melihatmenggunakan negatif gambar. Sungguh cantik dan sangat mengagumkan. Kejadian seperti ini jarang berlaku, jadi kesempatan ini saya tidak lepaskan untuk melihat secara langsung. Saya menganggap keajaiban ini sebagai MAGIC dari Tuhan. Ia adalah persembahan yang terbaik untuk umat di dunia ini. Allah menunjukkan kekuasaanya yang tidak mampu manusia lakukan. Semasa gerhana berlaku dikawasan Tawau ini, suasana menjadi suram-suram sejuk. Sesuatu yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan kita. Tidak ketinggalan adat resam orang kampung saya, memandikan ibu-ibu yang mengandung semasa gerhana matahari atas alasan takut anak yang dilahir berbelang hitam-putih. ha,ha,ha....susah kita nak buang adat sebegini. Tapi oleh kerana pesanan orang tua, ikut je la...dengan niat mandi suka-suka je....itulah pesanan untuk isteri saya yang sedang mengandung. Tidak rugi anda menikmati Magic dari Tuhan ini, hayati dan pujalah keagungan Tuhan ini..Ini membuktikan Allah itu maha berkuasa...TAKBIR!!!

Friday, January 23, 2009

David Cooperfield No 1 magician in the world...

Menerusi undian yang saya buat dalam blog saya. Rata-rata mengundi David Cooperfield sebagai magician no 1 di dunia. Memang terbukti dan nyata kita boleh nobatkan david Cooperfield sebagai magician no 1 di dunia ini. Kebanyakkan magic yang dipersembahkan oleh beliau sangat mengagumkan dan memukau penonton-penonton yang melihatnya. Magic beliau juga menjadi inspirasi kepada magician-magician yang lain. Dalam erti kata lain, lahirnya magician di dunia ini berpandukan magician beliau. Sejak saya dari kecil lagi, David Cooperfield magician yang betul-betul saya tabik. bertuahnya beliau dapat menghiburkan dunia ini dengan magiciannya. Antara magic yang boleh dikatakan maut seperti:
  • hilangkan kereta api
  • menembusi tembok China
  • terbang di udara.
  • memotong badan sendiri.
banyak lagi magic yang mengagumkan yang dipersembahkan oleh beliau. Saya pernah terdengar cerita orang bahawa David Cooperfield ingin menghilangkan jambatan Pulau Pinang tetapi Perdana Menteri Malaysia (Dr.Mahathir) melarang beliau untuk berbuat demikian...begitu hebatnya David Cooperfield ini.

Selain beliau ada dua lagi magician yang turut menjadi undian para pengunjung blog saya iaitu David Blaine dan Criss Angel. Kedua-dua magician ini boleh dikatakan magician tersohor dan menjadi sebutan orang ramai. Persembahan magic kedua-dua magician ini lebih kepada magic jalanan "Street Magic". Magic yang mereka persembahkan lebih nampak realiti dan hidup kerana dipersembahkan secara umum kepada orang ramai. Rancangan TV mereka menjadi tatapan orang ramai dan tidak jemu-jemu untuk melihat magic mereka. Hingga ada yang mengatakan mereka menggunakan Ilmu Hitam...Mereka juga membuat aksi yang telampau bahaya untuk totonan umum. Seperti David Blaine berendam di dalam balang selama seminggu. Criss Angel menanam diri ke dalam kubur. Boleh dikatakan magic mereka ini magic yang nak cari maut. Namun keberanian dan keyakinan yang mereka miliki mengatasi segala-galanya. ketiga-tiga magician ini menjadi inspirasi saya sebagai seorang magician.

Thursday, January 15, 2009

"Ekstreme magic II"


Perkara yang luar biasa dan mustahil berlaku boleh dianggap sebagai "magic". Jadi saya menyenaraikan 3 magic saya ini sebagai "ekstreme magic". Miliki CD "ekstreme magic II" keluaran terbaru saya. Kali ini saya akan mendedahkan rahsia Fold RM10, Floating Money dan Rope Through My Neck. Ramai yang ingin tahu rahsianya. Jangan lepaskan peluang ini untuk menambahkan ilmu magic anda.hanya RM10 sahaja..Magiccc!!!

  • Fold RM10
  • Duit RM10 terlipat sendiri di tapak tangan tanpa bantuan apa-apa benda. Ia melipatkan dirinya sendiri kemas dan cantik ditapak tangan.
  • Floating Money
  • Duit kertas terapung dengan kuasa minda dan tangan. sungguh hebat dan mengagumkan.
  • Rope Through My neck
  • Dua utas tali diikat dileher dan menghairankan tali itu melepasi leher dengan sekali sentapan.

Seronoknya menguasai Magic...


Tahun 2009 telah bermula ini bermakna ini tahun kedua saya berkecimpung dalam dunia magic. Saya memang berminat dengan ilmu magic ini semenjak umur 5 tahun lagi...saya tersangat-sangat ingin belajar magic, tapi tiada tempat dan bahan untuk mempelajari ilmu tersebut. Sekiranya ada rancangan magic, saya adalah orang yang di depan televisyen tidak berkelip-kelip untuk melihat persembahan magic. Semenjak internet wujud di rumah saya, di sini bermulanya saya mempelajari magic secara serius. Hari ke hari pagi ke petang siang ke malam, saya mempelajari magic tanpa henti. Saya seronok dan teruja bila menguasai sesuatu magic...Keluarga adalah mangsa pertama saya untuk menguji kehebatan magic saya. Kemudian kawan-kawan saya, jiran-jiran saya dan magic saya juga saya digunakan untuk pengajaran saya dikelas. Apabila saya fikir semula, magic sebenarnya dapat menghiburkan orang, dapat memberi suasana ceria dan dapat mengeratkan silaturahim. Tidak rugi jika mempelajari ilmu magic ia sgat menyeronokkan..Jika kita meminati sesuatu benda dengan bersungguh-sungguh, kita tidak akan pernah merasa bosan atau penat..itu adalah hakikat..magicc!!!



Magic ini saya pelajari semasa saya kecil dahulu...selamat mencuba..

Monday, January 12, 2009

Tentang Kami


Magictawau adalah kumpulan silap mata yang berasal dari Tawau Sabah. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2007 oleh pengasasnya Abdullah Alif Dahlan. Dahulunya kumpulan ini hanya membuat silap secara sukarela ditepi-tepi jalan. Namun kini mereka menggunakan kelebihan mereka sebagai perniangaan untuk membuat persembahan dimajlis-majlis keramaian.

Magictawau sangat dikenali melalui Youtube. Melalui laman youtube beliau banyak pengiktirafan telah diberi oleh ahli silap mata yang lain. Magictawau pernah keluar dalam sebuah buku PTS "Menjadi Selebriti Melalui Youtube" oleh Alif Firdaus Azis. Persembahan silap mata Magictawau juga sungguh memukau setaraf dengan ahli silap mata antarabangsa yang lain. Tidak hairan ramai yang menggambil kumpulan ini untuk membuat persembahan di majlis-majlis, terutama masyarakat Malaysia umumnya.

Abdullah Alif
Tawau, Sabah
CEO Magictawau / Ahli Silap Mata (Magician)
Guru SK. Kg Raja Uda (2006- 2008)
Guru SK. Perdana Tawau ( 2008 - kini )
Diploma Perguruan Malaysia
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011
Pengurus Motivasi AMAR Jelajah Sabah 2012
Pengurus Persembahan Silap Mata Peringkat Sabah 2012
Jurulatih Utama Dunia Muzik
 



Kejayaan Magictawau :
  • 1st Wayne Houchin & Lee Asher Magic Competition
  • 2nd Fuyoo Magic Street Magic Competition 2010 ( Alif)
  • 1st Fuyoo Magic Street Magic Conpetition 2011 (Man)
  • Pengurus Motivasi AMAR Jelajah Sabah 2012
  • Editor DVD Silap Mata AMAR MIRACLE 2012
  • Close Up Competition Magic Festival Kuala Lumpur 2010
  • Close Up Competition Magic Festival Kuala Lumpur 2011
  • Pengurus Festival Magic "Shahril & Ali Magic Show"
  • Menjadi Selebriti Melalui Youtube PTS Book
  • Pendedahan Eksklusif Penipuan BOMOH
  • Magic Tutorial The Best di facebook 


Wednesday, January 7, 2009

"66 Silap Mata Praktikal" oleh Amar


Tahniah Amar, kerana berjaya menerbitkan buku magic yang kedua! Saya telah memiliki buku magic ini dengan harga RM26.00 untuk harga Sabah. Ini merupakan buku magic Amar yang kedua selepas "55 Silap Mata Mudah". Magic yang terdapat dalam buku ini boleh dikatakan magic 5 bintang...magic-magic yang Amar ajar pernah dipersembahkan oleh magician-magician antarabangsa...tidak rugi jika anda memiliki buku Amar yang baru ini...Saya boleh katakan buku magic Amar ini sesuai untuk peminat-peminat magic di Malaysia..jika anda menguasai magic yang Amar ajar ini, anda pasti akan dipandang tinggi oleh orang ramai...dan boleh dijadikan sumber pendapatan sekiranya anda bijak. Jadi, miliki buku "66 Silap Mata Praktikal" oleh Amar diterbitkan oleh PTS Millenia Sdn Bhd di kedai buku berhampiran rumah anda. Tambahkan ilmu magic anda dengan buku ini...Magic itu seni yang ajaib....Magicccc!!!

Monday, January 5, 2009

You can choice.....


Sambutan yang hangat tidak putus-putus untuk CD "aku magic" dan "ekstreme magic"...saya ucapkan jutaan terima kasih kepada yang membeli CD tersebut. Moga ilmu yang saya berikan sedikit sebanyak memberi anda input tentang dunia magician...CD seterusnya saya tidak akan lagi menetapkan pilihan magic yang perlu ada dalam CD...tetapi anda yang memilihnya... Anda boleh pilih mana-mana magic yang anda ingin ketahui...Mana-mana magic yang anda suka....syaratnya 3 magic untuk RM10.00 (tidak termasuk wang pos)....murah bukan.....inilah peluang anda untuk mengetahui rahsia magic saya...anda boleh menggunakan magic saya untuk mengenakan rakan-rakan anda...rakan anda tersenyum anda tertawa....seronok bukan...apa tunggu lagi pilih 3 magic hanya RM10.00...hubungi saya segera...Magiccc!!!

Antara magic-magic yang menjadi pilihan:
just choose 3 for RM10.00...ok..magiccc!!!

Thursday, January 1, 2009

Selamat kembali bersekolah...


Magic Tawau mengucapkan selamat tahun baru Islam dan selamat tahun baru 2009...mudah2an tahun baru ini membuka azam dan lembaran baru untuk kita memajukan diri ini. Jadilah insan yang terbaik dan terbaik juga terbaik...kerana hanya itu yang terbaik untuk memberjayakan diri kita...Moga cita-cita saya menjadi world magician akan tercapai tahun 2009 ini...Untuk adik-adik yang masih bersekolah saya ucapkan selamat bersekolah semula...selamat belajar semula...tingkatkan usaha anda dalam pelajaran...disebabkan saya ni pun cikgu, maka saya menyarankan kepada murid-murid cikgu agar mengutamakan ilmu pengehtahuan...utamakan yang lebih utama..hu,hu,hu...Kemungkinan besar kesempatan untuk membuat recoding untuk video magic akan terhad..saya perlu menumpukan semula pada kerjaya utama saya..kerana CIKGu itu cita-cita saya...Magician itu impian saya...utamakan yang lebih utama..namun penjualan CD "aku magic" dan "ekstreme magic" berjalan seperti biasa..InsyaAllah Tahun 2009 ini saya akan membuat sesuatu yang akan meng GEMPAK kan dunia...ha,ha,ha...untuk peminat dan penyokong tawau magic..terima kasih diucapkan teguh setia menyokong saya..TQ very2 much...