Friday, January 23, 2009

David Cooperfield No 1 magician in the world...

Menerusi undian yang saya buat dalam blog saya. Rata-rata mengundi David Cooperfield sebagai magician no 1 di dunia. Memang terbukti dan nyata kita boleh nobatkan david Cooperfield sebagai magician no 1 di dunia ini. Kebanyakkan magic yang dipersembahkan oleh beliau sangat mengagumkan dan memukau penonton-penonton yang melihatnya. Magic beliau juga menjadi inspirasi kepada magician-magician yang lain. Dalam erti kata lain, lahirnya magician di dunia ini berpandukan magician beliau. Sejak saya dari kecil lagi, David Cooperfield magician yang betul-betul saya tabik. bertuahnya beliau dapat menghiburkan dunia ini dengan magiciannya. Antara magic yang boleh dikatakan maut seperti:
  • hilangkan kereta api
  • menembusi tembok China
  • terbang di udara.
  • memotong badan sendiri.
banyak lagi magic yang mengagumkan yang dipersembahkan oleh beliau. Saya pernah terdengar cerita orang bahawa David Cooperfield ingin menghilangkan jambatan Pulau Pinang tetapi Perdana Menteri Malaysia (Dr.Mahathir) melarang beliau untuk berbuat demikian...begitu hebatnya David Cooperfield ini.

Selain beliau ada dua lagi magician yang turut menjadi undian para pengunjung blog saya iaitu David Blaine dan Criss Angel. Kedua-dua magician ini boleh dikatakan magician tersohor dan menjadi sebutan orang ramai. Persembahan magic kedua-dua magician ini lebih kepada magic jalanan "Street Magic". Magic yang mereka persembahkan lebih nampak realiti dan hidup kerana dipersembahkan secara umum kepada orang ramai. Rancangan TV mereka menjadi tatapan orang ramai dan tidak jemu-jemu untuk melihat magic mereka. Hingga ada yang mengatakan mereka menggunakan Ilmu Hitam...Mereka juga membuat aksi yang telampau bahaya untuk totonan umum. Seperti David Blaine berendam di dalam balang selama seminggu. Criss Angel menanam diri ke dalam kubur. Boleh dikatakan magic mereka ini magic yang nak cari maut. Namun keberanian dan keyakinan yang mereka miliki mengatasi segala-galanya. ketiga-tiga magician ini menjadi inspirasi saya sebagai seorang magician.

No comments: