Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari Magic dari Tuhan

Hari ini adalah sambutan tahun baru bagi kaum berbangsa cina di Malaysia. Hari ini juga, berlakunya keajaiban dari Tuhan iaitu gerhana matahari. Gerhana matahari cincin ini akan berlaku sekitar 4.00 petang hingga 6.oo petang pada 26 Januari 2009. Pulau Jawa antara kawasan yang akan menyaksikan Gerhana Matahari Cincin pada waktu tersebut. Kawasan-kawasan lain yang berhampiran Indonesia juga turut dapat melihat keajaiban Tuhan ini. Di Tawau juga menampakkan gerhana matahari tersebut. Saya melihatmenggunakan negatif gambar. Sungguh cantik dan sangat mengagumkan. Kejadian seperti ini jarang berlaku, jadi kesempatan ini saya tidak lepaskan untuk melihat secara langsung. Saya menganggap keajaiban ini sebagai MAGIC dari Tuhan. Ia adalah persembahan yang terbaik untuk umat di dunia ini. Allah menunjukkan kekuasaanya yang tidak mampu manusia lakukan. Semasa gerhana berlaku dikawasan Tawau ini, suasana menjadi suram-suram sejuk. Sesuatu yang jarang-jarang berlaku dalam kehidupan kita. Tidak ketinggalan adat resam orang kampung saya, memandikan ibu-ibu yang mengandung semasa gerhana matahari atas alasan takut anak yang dilahir berbelang hitam-putih. ha,ha,ha....susah kita nak buang adat sebegini. Tapi oleh kerana pesanan orang tua, ikut je la...dengan niat mandi suka-suka je....itulah pesanan untuk isteri saya yang sedang mengandung. Tidak rugi anda menikmati Magic dari Tuhan ini, hayati dan pujalah keagungan Tuhan ini..Ini membuktikan Allah itu maha berkuasa...TAKBIR!!!

No comments: