Thursday, January 15, 2009

Seronoknya menguasai Magic...


Tahun 2009 telah bermula ini bermakna ini tahun kedua saya berkecimpung dalam dunia magic. Saya memang berminat dengan ilmu magic ini semenjak umur 5 tahun lagi...saya tersangat-sangat ingin belajar magic, tapi tiada tempat dan bahan untuk mempelajari ilmu tersebut. Sekiranya ada rancangan magic, saya adalah orang yang di depan televisyen tidak berkelip-kelip untuk melihat persembahan magic. Semenjak internet wujud di rumah saya, di sini bermulanya saya mempelajari magic secara serius. Hari ke hari pagi ke petang siang ke malam, saya mempelajari magic tanpa henti. Saya seronok dan teruja bila menguasai sesuatu magic...Keluarga adalah mangsa pertama saya untuk menguji kehebatan magic saya. Kemudian kawan-kawan saya, jiran-jiran saya dan magic saya juga saya digunakan untuk pengajaran saya dikelas. Apabila saya fikir semula, magic sebenarnya dapat menghiburkan orang, dapat memberi suasana ceria dan dapat mengeratkan silaturahim. Tidak rugi jika mempelajari ilmu magic ia sgat menyeronokkan..Jika kita meminati sesuatu benda dengan bersungguh-sungguh, kita tidak akan pernah merasa bosan atau penat..itu adalah hakikat..magicc!!!



Magic ini saya pelajari semasa saya kecil dahulu...selamat mencuba..

1 comment:

ღ~n0n0i~ღ said...

hehe..sbb surf dari tempat client jd byk item x bole buka..tu video ka tu? waa..hebatnya pndi magic. bole bljr ni. nnt mo tunjuk sama adik,sbb dia pon minat gak sikit2 :D:D