Saturday, February 28, 2009

Harinya Sudah Tiba...


Semasa saya menulis blog ini. Saya sudah bersiap sedia untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Hati ini agak berdebar dan takut, dengan dorongan kawan-kawan dan keluarga, aku bersemangat untuk buat yang terbaik di sana nanti. Nasihat, tips, teguran dan ucapan dari kawan-kawan dan keluarga sedikit sebanyak membantu aku untuk berani menyahut cabaran. Doakan kejayaan aku di Kuala Lumpur...Harinya sudah tiba....

Saturday, February 21, 2009

BURN by tawau magic


For the first time, i create my own magic with my style. No magician in the world perform this magic. This magic i call "BURN". Its because this magic i use fire.I send this magic to Ellusionist to commercial to all magician in the world.I hope Ellusionist respond my own magic. Your creative minds and fantastic minds can make your own magic.....that why i create "BURN"...enjoy my own magic...

Untuk julung-julung kalinya saya mencipta magic saya sendiri. Magic ini belum pernah dibuat mana-mana magician sama ada David Blaine mahupun Criss Angel apatah lagi David Cooperfield. Magic ini saya namakan sebagai "BURN". Ini kerana magic ini melibatkan penggunaan api. Magic ini saya telah hantar ke Ellusionist untuk dikormesialkan. Saya harap magic ini dapat diterima dan dikormesialkan kepada magician diseluruh dunia. Untuk mereka magic yang baru, otak kita kena kreatif dan fantastik. Selamat menghayati magic yang saya reka sendiri...terimalah dari saya BURN....

Monday, February 16, 2009

Brave to be a performed


Magic performance can be perfect if your brave to perform. If you scared, be wary and afraid, your magic perform can be in disorder. On the strengh of my exprience, i can scraped to be wary and afraid be face with spectator. I admit, its to hard perform with many spectator. Not every one can performance like me. Before your perform your magic, you examined your magic prop. Try and test every magic kit. Make your performance happy and cheerful. Communicated with spectator with smile and joke. This can make you certain your performed. Braveness eclipsed everything.

Persembahan magic yang baik dan sempurna adalah bermula dari keberanian seseorang magician. Sekiranya dia takut, ragu-ragu dan tidak yakin, pasti persembahan magicnya menjadi kucar-kacir dan akibat sikap tersebut boleh menyebabkan magic tersebut boleh kantoi oleh penonton. Berdasarkan pengalaman saya kebelakangan ini, saya dapat mengikis sedikit demi sedikit perasaan gementar dihadapan orang ramai. Memang saya akui, adalah agak sukar untuk membuat persembahan street magic tanpa keberanian dan keyakinan. Tidak ramai orang yang boleh melakukan apa yang saya lakukan. Sebelum memulakan sesebuah magic pastikan kesemua bahan-bahan berada dalam keadaan baik dan sempurna. Uji test dan try barang-barang magic yang ingin digunakan. Sekiranya anda tidak yakin, adalah lebih baik anda tidak mempersembahkan magic tersebut, ini kerana magic yang tidak berjaya boleh menghilangkan keyakinan anda sebagai penghibur.Jadikan persembahan magic anda terhibur, berkomunikasi dengan penonton dengan riang dan gembira. Buat lawak setiap magic yang anda lakukan kesemua ini boleh menghilangkan gementar anda ketika membuat magic. Keberanian anda mengatasi segala-galanya.

Friday, February 6, 2009

Waiting for me Kuala Lumpur....



Dream became true, that i can say. This is frist time i perform out from Tawau area. I will perform at Kuala Lumpur 28 February 2009 in Tupai-Tupai Restaurant behind Dewan Bahasa dan Pustaka building. Thank you to my big sponser Premisnet Sistem (M) Sdn Bhd ( En. Mohammad Yusof Salleh) for invite me to perform my magic at Kuala Lumpur. Your sponser give me opportunity to advance my talent to world. Thank you very very very much to my sponser. This program it made on for orphan child. Program will begin at 8.00 pm. I will charm all Kuala Lumpur people with my miracle magic.....waiting for me Kuala Lumpur....

Mimpi menjadi kenyataan, itulah yang dapat aku ungkapkan. Buat pertama kalinya saya membuat persembahan luar dari kawasan Tawau. Persembahan saya akan diadakan di ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Saya akan berada disana pada 28 Februari 2009 ini di Restoran Tupai-Tupai. Jutaan terima kasih kepada Premisnet Sistem (M) Sdn Bhd (En. Mohammad Yusof salleh) di atas tajaan untuk persembahan saya di Kuala Lumpur nanti. Tajaan anda membuka peluang saya untuk mengetengahkan bakat saya kepada dunia. Terima kasih saya ucapkan untuk penaja saya. Saya dimaklumkan majlis tersebut adalah untuk meraikan anak-anak yatim. Program tersebut bermula 8.00 malam. Peluang ini saya tidak akan persiakan untuk menunjukkan kehebatan magic saya yang sebenar. Saya pasti akan memukau seluruh warga Kuala Lumpur dengan persembahan magic saya. nantikan kemunculan saya di Kuala Lumpur....waiting for me Kuala Lumpur...

Tuesday, February 3, 2009

Magic Tv Programer at Malaysia

Two magician from Malaysia have a Magic Tv Program apart. One of them is Ezad. "Magix" its name of the tv program. The magic broadcast at ntv7. Ezad performing is likely Criss Angel, from his hair, dressing and gadget is most likely Criss Angel. Although his performance likely Criss Angel but its amuse amazing to see. I can say Ezad its great magician at Malaysia. Ezad respon my magic too. Thanks Ezad. I will waiting your next program at TV. If you want help just contact me....(orang Sabah memang hebat-habat bah..)

The next magician its Shahril, "Fuyoo Magic" its the name of the tv program and his magic broadcast at astro ria 104. Many of student at Malaysia like his program, his performer simple but amazing. Shahril make children smile and happy. That why Sharil have a fan club from student. Shahril teaching magic at his program. So i can say Shahril its good magician too.


That its the two magician from Malaysia have a broardcast at TV program. I hope i have TV program too.ha,ha,ha...

Sunday, February 1, 2009

Tawau Street Magic...

Ilmu magic yang saya pelajari kini sudah memadai untuk saya persembahkan kepada warga Tawau. Berita baik untuk warga Tawau, saya akan mempersembahkan magic saya secara "Street Magic" atau dalam bahasa melayu "magic jalanan" disekitar kawasan Tawau. Saya akan buat magic secara live di depan anda dan anda akan menyaksikan keajaiban magic saya terus secara langsung. Tempat yang saya kunjungi untuk membuat street magic ini tidak menentu, tetapi saya akan bertumpu dikawasan rekreasi keluarga, tempat-tempat sebegini seronok untuk mempersembahkan magic. Kawasan seperti "high Way", Eastern Plaza, Giant, Kompleks Stadium, Taman Permainan kanak-kanak akan menjadi pilihan untuk saya persembahkan magic saya. Sekiranya ada warga Tawau yang sedang membaca artikel saya ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui kawasan saya untuk persembahkan magic saya. jangan lepaskan peluang untuk melihat magic saya secara live.....magicccc!!!

PERCUBAAN PERTAMA SAYA...
Semalam saya secara rasmi membuat magic di kawasan "high way". Untuk pertama kalinya saya mempersembahkan secara "street magic". Percubaan pertama ini nampaknya berjaya 60% sahaja. Saya berasa gugup dan takut untuk mempersembahkan magic saya dan ada beberapa magic saya hampir kantoi. Tapi saya gunakan ilmu yang saya pelajari untuk cover kesilapan magic saya. Saya akui persembahan pertama saya ini kurang berjaya namun saya juga berjaya memukau beberapa orang yang berkunjung dikawasan tersebut. Penerimaan magic dikawasn Tawau ini masih baru. Ada yang bersikap dingin dan tidak senang dengan kehadiran saya, ada juga yang teruja ingin melihat magic saya. Kalau salah bicara atau salah langkah mungkin anda boleh jadi bahan makian, saya boleh katakan kawasan high way tersebut adalah kawasan hitam (banyak orang bergaduh). Jadi tutur kata dan perlakuan perlu berhati-hati jika ingin membuat magic dikawasan sini. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa orang kumpulan remaja yang sudi melihat magic saya, kesudian anda menambahkan keyakinan saya untuk membuat magic ke tempat yang lain..berjumpa lagi Magicccc!!!!