Sunday, February 1, 2009

Tawau Street Magic...

Ilmu magic yang saya pelajari kini sudah memadai untuk saya persembahkan kepada warga Tawau. Berita baik untuk warga Tawau, saya akan mempersembahkan magic saya secara "Street Magic" atau dalam bahasa melayu "magic jalanan" disekitar kawasan Tawau. Saya akan buat magic secara live di depan anda dan anda akan menyaksikan keajaiban magic saya terus secara langsung. Tempat yang saya kunjungi untuk membuat street magic ini tidak menentu, tetapi saya akan bertumpu dikawasan rekreasi keluarga, tempat-tempat sebegini seronok untuk mempersembahkan magic. Kawasan seperti "high Way", Eastern Plaza, Giant, Kompleks Stadium, Taman Permainan kanak-kanak akan menjadi pilihan untuk saya persembahkan magic saya. Sekiranya ada warga Tawau yang sedang membaca artikel saya ini, anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui kawasan saya untuk persembahkan magic saya. jangan lepaskan peluang untuk melihat magic saya secara live.....magicccc!!!

PERCUBAAN PERTAMA SAYA...
Semalam saya secara rasmi membuat magic di kawasan "high way". Untuk pertama kalinya saya mempersembahkan secara "street magic". Percubaan pertama ini nampaknya berjaya 60% sahaja. Saya berasa gugup dan takut untuk mempersembahkan magic saya dan ada beberapa magic saya hampir kantoi. Tapi saya gunakan ilmu yang saya pelajari untuk cover kesilapan magic saya. Saya akui persembahan pertama saya ini kurang berjaya namun saya juga berjaya memukau beberapa orang yang berkunjung dikawasan tersebut. Penerimaan magic dikawasn Tawau ini masih baru. Ada yang bersikap dingin dan tidak senang dengan kehadiran saya, ada juga yang teruja ingin melihat magic saya. Kalau salah bicara atau salah langkah mungkin anda boleh jadi bahan makian, saya boleh katakan kawasan high way tersebut adalah kawasan hitam (banyak orang bergaduh). Jadi tutur kata dan perlakuan perlu berhati-hati jika ingin membuat magic dikawasan sini. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa orang kumpulan remaja yang sudi melihat magic saya, kesudian anda menambahkan keyakinan saya untuk membuat magic ke tempat yang lain..berjumpa lagi Magicccc!!!!


5 comments:

Adry said...

Lif... kalau kau mau buat magik.. apa kata kau mulakan dengan buat magic untuk gathering Tawau bloggers... nanti kami semua review dalam blog kami...

magictawau said...

bah aku syak tu adry...biar terpukau seluruh blogger tawau...ha,ha,ha

Anonymous said...

Saya minat magik encik Alif macam mana saya nak belajar magik ?

magictawau said...

Terima kasih Anonyous....Kalau mau belajar boleh ke www.kedaimagic.com atau boleh berhubung dengan saya 012-8161599

Amrih said...

Lif ko memang lagend