Monday, March 30, 2009

Friendster


Saya baru sahaja mendaftar dalam Friendster atas desakan dari peminat magic dari Sarawak...Dengan terdaftarnya saya dalam friendster mudah lagi saya memperkembangkan magic saya kepada orang ramai...Saya telah memperkemaskan profile saya dan kini boleh dikunjungi orang ramai...anda boleh add saya sebagai kawan...Saya telah masukkan  koleksi gambar barang magic saya, gambar persembahan magic saya dan gambar famili saya...Ingin mengetahui lanjut tentang diri saya bolehlah layari laman ini :

Tuesday, March 24, 2009

Search & Destroy by Aaron Fisher


This is mostly great card tricks i just learn. Simple and power to perform. Its easy to learn, just 10 minute your can perform 100% perfect. This tricks from ellusionist.com and perform by Aaron Fisher. I suggest all who love magic to buy this DVD magic. Below is detail about this magic:

Tuesday, March 17, 2009

So busy......


At school, i teach Malay Language and Music Subject.That why my english it so bad....ha,ha,ha. When i became a magician, i have many friends from another country. English language i use to communicated to all my friends in the world. Sorry for my broken english. What its important my objective and messege your all can understand. I hope so.... i will try and try and try to improve my english language hahahaha...TQ for all FANS...


Kebelakangan ini saya sangat sibuk dengan tugasan sekolah. Baru-baru ini sahaja, sekolah saya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah. Perkhemahan tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam. Ia melibatkan 67 orang murid dari darjah 4 hingga 6. Perkhemahan ini adalah yang pertama kali diadakan sejak penubuhan sekolah , maklumlah sekolah baru.....Segala ilmu perkhemahan yang saya pelajari saya berikan untuk murid-murid sekolah. Walaupun hujan, perkhemahan tersebut berjalan dengan lancar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga sangat menarik untuk memotivasikan murid...saya juga tidak ketinggalan untuk menunjukkan kebolehan saya membuat magic. Selang-seli saya selitkan persembahan magic saya. Bukan setakat murid menjadi mangsa, guru-guru juga turut saya persembahkan. Seronok melihat wajah-wajah mereka melihat magic yang saya lakukan. Sepanjang perkhemahan juga ramai rakan-rakan yang menelefon menghantar SMS, sehinggakan tidak dapat melayan kawan-kawan semua. Saya meminta maaf atas kesibukan saya. Saya kena utamakan apa yang lebih utama. Tanggungjawab sebagai guru perlu saya selesaikan. Cuti semester ini saya akan habiskan dengan magic-magic saya. Jadi layannnnnnnnn sepanjang cuti ini....magicccc.....

Monday, March 2, 2009

I am Magician...




Akhirnya semua telah pun selesai...Tugasan saya sebagai magician telah saya sempurnakan. Suatu pengalaman yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Pengalaman ini menjadi modal saya untuk menjadi yang terbaik dipersembahan akan datang. Saya bertolak dari Tawau pada pukul 10.30 pagi dan tiba di LCCT Kuala Lumpur pada pukul 1.30 petang. Saya telah dijemput oleh sahabat sejati saya iaitu Cikgu Syed Alwi yang merangkap assistant saya pada malam tersebut. Kami terus menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persediaan awal sebelum persembahan bermula. Saya berkesempatan membeli beberapa barang magic di Times Square.
Dengan menggunakan peta yang ada saya dan syed mencari Tupai-Tupai restoran menggunakan Kelisa comel cikgu syed. Namun apa yang berlaku kami tersesat,tersesat dan tersesat. Sampai nak nangis dibuatnya kami mencari tempat yang dituju, ditambah lagi kenderaan sesak di Kuala Lumpur menambahkan lagi kepeningan kepala kami.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk parking berhampiran bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka dan berjalan kaki mencari restoran tersebut. Rupa-rupanya restoran tersebut betul-betul berhadapan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tempat tersebut memang agak sukar untuk dicari sekiranya tidak tahu selok belok Kuala Lumpur macam saya dan Cikgu Syed. Kamilah orang yang pertama sampai direstoran tersebut. Ini memberi saya ruang masa untuk membuat persediaan yang lengkap sebelum persembahan bermula. banyak barang-barang magic saya tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan saya membatalkan beberapa magic yang menarik. Setelah selesai persiapan dibuat saya berkenalan dengan beberapa tetamu yang menjemput saya ke program tersebut. Saya terpaksa mengubah style persembahan saya di saat-saat akhir kerana situasi restoran tersebut tidak sesuai dengan magic yang saya lakukan. Saya terpaksa menggunakan daya kreativiti sendiri untuk mempersembahkan magic saya pada malam tersebut.

Tetamu yang di raikan adalah Persatuan Kebajikan Anak AIDS/HIV Nurul Iman Malaysia (PERNIM) di bawah naungan Puan Hajah Norlina Haji Alawi. Lebih kurang 60 orang kanak-kanak yang diraikan pada malam tersebut. Suatu usaha yang baik dilakukan oleh pihak penganjur PRIMESNET SISTEM pada malam tersebut. Saya berjaya memukau penonton-penonton yang hadir dengan persembahan magic saya. kanak-kanak yang diraikan tidak putus-putus bersorak keriangan melihat magic saya. Suasana yang riuh rendah memberi saya keyakinan untuk mempersembahkan magic saya hingga program tersebut seslesai. Keceriaan yang terukir dimuka-muka penonton yang hadir menunjukkan keberjayaan saya pada malam tersebut. Semua yang hadir pulang dengan perasaan gembira dan saya yakin mereka tidak akan melupakan persembahan magic saya pada malam tersebut. Kanak-kanak yang diraikan bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menghiburkan mereka pada malam tersebut. Pihak penganjur tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada saya. Bagi diri saya, amanah yang diberikan akan saya lakukan sebaik dan sehabis yang mungkin. Saya pastikan semua pihak berpuas hati dan yang penting bagi magician, penonton-penontonnya terhibur. Syukur Alhamdulillah semua telah selesai. Saya pulang pada keesokan harinya sebelah petang dan tiba di Tawau semula pada sebelah malam. Tidak sabar rasanya menceritakan pengalaman ini kepada rakan-rakan dan keluarga. Cita-cita saya untuk menjadi magician dunia kini sudah terbuka luas......Terima kasih Primesnet Sistem atas jemputan anda...