Monday, March 2, 2009

I am Magician...




Akhirnya semua telah pun selesai...Tugasan saya sebagai magician telah saya sempurnakan. Suatu pengalaman yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila. Pengalaman ini menjadi modal saya untuk menjadi yang terbaik dipersembahan akan datang. Saya bertolak dari Tawau pada pukul 10.30 pagi dan tiba di LCCT Kuala Lumpur pada pukul 1.30 petang. Saya telah dijemput oleh sahabat sejati saya iaitu Cikgu Syed Alwi yang merangkap assistant saya pada malam tersebut. Kami terus menuju ke Kuala Lumpur untuk membuat persediaan awal sebelum persembahan bermula. Saya berkesempatan membeli beberapa barang magic di Times Square.
Dengan menggunakan peta yang ada saya dan syed mencari Tupai-Tupai restoran menggunakan Kelisa comel cikgu syed. Namun apa yang berlaku kami tersesat,tersesat dan tersesat. Sampai nak nangis dibuatnya kami mencari tempat yang dituju, ditambah lagi kenderaan sesak di Kuala Lumpur menambahkan lagi kepeningan kepala kami.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk parking berhampiran bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka dan berjalan kaki mencari restoran tersebut. Rupa-rupanya restoran tersebut betul-betul berhadapan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tempat tersebut memang agak sukar untuk dicari sekiranya tidak tahu selok belok Kuala Lumpur macam saya dan Cikgu Syed. Kamilah orang yang pertama sampai direstoran tersebut. Ini memberi saya ruang masa untuk membuat persediaan yang lengkap sebelum persembahan bermula. banyak barang-barang magic saya tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan saya membatalkan beberapa magic yang menarik. Setelah selesai persiapan dibuat saya berkenalan dengan beberapa tetamu yang menjemput saya ke program tersebut. Saya terpaksa mengubah style persembahan saya di saat-saat akhir kerana situasi restoran tersebut tidak sesuai dengan magic yang saya lakukan. Saya terpaksa menggunakan daya kreativiti sendiri untuk mempersembahkan magic saya pada malam tersebut.

Tetamu yang di raikan adalah Persatuan Kebajikan Anak AIDS/HIV Nurul Iman Malaysia (PERNIM) di bawah naungan Puan Hajah Norlina Haji Alawi. Lebih kurang 60 orang kanak-kanak yang diraikan pada malam tersebut. Suatu usaha yang baik dilakukan oleh pihak penganjur PRIMESNET SISTEM pada malam tersebut. Saya berjaya memukau penonton-penonton yang hadir dengan persembahan magic saya. kanak-kanak yang diraikan tidak putus-putus bersorak keriangan melihat magic saya. Suasana yang riuh rendah memberi saya keyakinan untuk mempersembahkan magic saya hingga program tersebut seslesai. Keceriaan yang terukir dimuka-muka penonton yang hadir menunjukkan keberjayaan saya pada malam tersebut. Semua yang hadir pulang dengan perasaan gembira dan saya yakin mereka tidak akan melupakan persembahan magic saya pada malam tersebut. Kanak-kanak yang diraikan bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada saya kerana menghiburkan mereka pada malam tersebut. Pihak penganjur tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada saya. Bagi diri saya, amanah yang diberikan akan saya lakukan sebaik dan sehabis yang mungkin. Saya pastikan semua pihak berpuas hati dan yang penting bagi magician, penonton-penontonnya terhibur. Syukur Alhamdulillah semua telah selesai. Saya pulang pada keesokan harinya sebelah petang dan tiba di Tawau semula pada sebelah malam. Tidak sabar rasanya menceritakan pengalaman ini kepada rakan-rakan dan keluarga. Cita-cita saya untuk menjadi magician dunia kini sudah terbuka luas......Terima kasih Primesnet Sistem atas jemputan anda...

3 comments:

zetty said...

ai..
sy zetty..staff premisnet sistem..
ingat x?yg dh nk balik sy suh awk buat magic utk sy...hahahahah.
anyway,tq sbb wat bdk2 tu hepi..

magictawau said...

oh ingat....sy hanya jlnkn amanah yg diberi...dan sy gembira mlihat org tersenyum mlihat magic sy...apa2 tq invite me...

Adry said...

wah... hebat hebat... you never stop too amaze me... keep up the good work bro... (^_^)

Rupanya ko tak tau restoran tupai tupai tu d mana... famous restoran tu... patut ko tanya aku dulu... aku tau... tak la ko tersesat kan... hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com