Thursday, April 30, 2009

Mesyuarat Tergempar!!!






Hari ini aku dan rakan-rakan ku terpaksa membuat mesyuarat tergempar. Satu berita yang amat mengejutkan kami. Sehinggakan darah kami berderau ketakutan menerima berita tergempar ini. Jantung dan fikiran kami kusut untuk seketika. Tanpa membuang masa Hafiz dan Wan bergegas ke rumah aku untuk membuat mesyuarat tergempar.

Eastern Plaza Tawau telah menjemput kami untuk membuat persembahan magic pada 01Mei 2009 dan 03 Mei 2009. Majlis tersebut dihadiri Ketua Menteri Sabah Dato' Musa Aman yang akan turut merasmikan majlis tersebut. Jemputan di saat-saat akhir begini membuatkan kami panik dan gelabah seketika. Setelah berunding dan berbincang kami menganggap ini adalah satu cabaran untuk kami. Kami beranikan diri dan yakinkan diri untuk menyahut cabaran ini.

Kami merancang magic-magic yang sesuai untuk dipersembahkan pada hari tersebut. Bermacam-macam idea yang dikeluarkan. Namun kami memutuskan untuk membuat magic yang bersesuaian dengan suasana dan keadaan. Perbincangan kami hingga ke larut malam. Setelah menyenaraikan magic yang bakal dipersembahkan, kami menilai dari segi impaknya kepada penonton. Kata putus tidak dapat kami buat memandangkan masa amat singkat disebabkan malam kian gelita.

Kami membuat keputusan untuk membuat latihan pada keesokan harinya selepas selesai persekolahan aku. Tunggu Eastern Plaza Tawau!!!!...kami akan gempakkan anda semua di sanaaaaaaaaaa...........(dengar-dengar Stacy datang membuat persembahan juga....alamak terlebih sudah!!!)...apa-apa pun MAGICCC!!!!

Monday, April 20, 2009

Majlis Malam Mesra Ria SLDB



GEMPAKKKK!!!!!...itulah yang disebut oleh penonton-penonton yang menghadiri makan malam tersebut. Jemputan Sabah Land Development Broad telah memberi saya satu pengalaman baru. Persembahan saya pada malam tersebut sangat dikagumi dan saya boleh katakn berjaya. Persembahan kali ini saya telah dibantu oleh tiga orang rakan magic saya iaitu, Hafiz, Wan dan Zam...tanpa bantuan mereka memang gelap gelita saya malam itu. Mereka bertiga ini sangat hebat dalam magic card. Saya jemput mereka pun di saat-saat akhir. bantuan mereka saya dahului terima kasih. InsyaAllah akan datang saya akan jemput anda lagi.

Malam tersebut juga saya dibantu oleh adik kandung saya Mohd Miraj dan Adik sepupu saya Mohd fadli. Bantuan mereka mengurus magic saya juga membantu saya. Terima kasih adik-adik ku. Makan malam tersebut juga dihadiri oleh VIP iaitu YB dan Dato-Dato. Agak terkejut juga dengan kehadiran orang-orang besar ini. Tapi saya anggap itu sebagai cabaran. Akhirnya YB, dan Dato juga turut terpaku melihat magic saya. Naik saham geng....

Terdapat dua Slot yang diberi kepada saya ititu persembahan atas pentas dan persembahan secara Street Magic. Persembahan pentas agak sunyi sikit dan kurang respon dari penonton. Saya pun tidak tahu kenapa? Mungkin juga kali pertama melihat magic. Namun yang betul-betul riuh rendah apabila masuk Slot ke-dua. Persembahan secara Street magic dapat menmeriahkan magic pada malam tersebut. Dengan bantuan rakan-rakan saya, semuanya berjalan dengan lancar.


Akhir sekali, kami pulang dengan senyuman, kegembiraan dan kepuasan. Pengalman ini saya jadikan sandaran untuk magic yang akan datang. mudah-mudahan murah rezeki. Magicccccc!!!!

Thursday, April 16, 2009

Ringtone by Adam Grace


Ring...ring... ring... magictawau in the phone......ya sekali lagi magic keluaran Ellusionist sangat mengagumkan saya. Kali ini melibatkan Handphone....tidak dinafikan semakin ramai orang terutama di Malaysia ini memiliki handphone tersendiri...pelbagai ringtone yang digunakan untuk memberi peringatan kepada pemilik handphone bahawa SMS dan Call sedang menanti....Magic ini melibatkan Ringtone. Magician dengan kuasa ajaibnya meminjam telefon orang lain dan menukarkan ringtone pemilik handphone tersebut ketika di hubungi...dan pasti mata pemilik handphone tersebut terbeliak besar.... tidak rugi memiliki magic ini boleh dikenakan kepada kawan-kawan, jiran-jiran dan keluarga...that is magicccccc!!!!!!

In effect, you hijack the ringtone off their phone. When someone calls, their phone lights up as usual when the call comes in, but ------ only the NEW song plays. The ringtone they HAD on their phone goes bye-bye.

You'll do this on everyone you meet. Think of the bets you could take! "Bet I can give you a new ringtone without changing a single thing on your phone".

When Ellusionist was filming Ringtone on the streets in San Francisco a family strolled by. Adam Grace walked up and asked if anyone had a cell phone. All six of them held up their hands, even the 7 year old. That's America.

Most people wouldn't be caught dead without their cell these days. They live on it.

So hit them where they live.

Ringtone's the simplest trick you ever did . Great tricks are simple. No Bluetooth, no downloading, no fuss, no muss. Pick up your copy of Ringtone today and start intercepting your friend's ringtones.


Friday, April 10, 2009

Tarantula by Yigal Mesika


Satu perkataan yang saya boleh katakan untuk magic ini "MAGICCCC!!!"....Buat sementara ini saya boleh katakan magic ini yang paling hebat bagi tahun 2009 ini. Aku yakin Yigal Mesika mesti sedang kira keuntungan hasil jualan Tarantula ini. Amat mudah dipersembahkan, mudah dipelajari dan sangat mengagumkan. Jika anda memiliki magic ini, 24 jam anda asyik mengapungkan cincin dimerata tempat. Anda sendiri akan kagum dengan magic yang anda buat. Untuk mendaratkan ke jari penonton...itu agak sukar sedikit...anda memerlukan latihan yang kerap dan bersungguh-sungguh. Tontoni persembahan saya bagi magic ini, banyak lagi magic yang boleh dilakukan menggunakan Tarantula....Biar mahal yang penting kepuasan...Magiccccccc!!!!


You’re in a normal setting – maybe a coffee shop, a classroom, even a party. You borrow a friend’s ring and hold it very fairly – nothing to hide. Suddenly, you give it a gentle horizontal spin and slowly move your hands away – the ring is now floating. Imagine that it continues to spin – without you touching it! The ring hovers up and down above your hand, from one hand to another, and slowly lands on your own finger! Now get this: You instantly repeat it, and end up with the ring floating onto the spectator’s own finger! Sounds impossible? Believe it or not, it’s easy to master! This levitation has it all. It’s fun, mysterious, edgy, and leaves a strong emotional impact.



"The Tarantula is magically genius. I highly recommend it."
- Cyril

"This is the best levitation I have ever seen"
- Whit "Pop" Haydn (6 time Magic Castle Winner of the year)


Wednesday, April 8, 2009

Performance at Tawau

Dengan sukacitanya saya sekali lagi dijemput untuk mempersembahkan persembahan magic. Sabah Land Development Board cawangan Tawau pula menjemput saya untuk memeriahkan lagi majlis mereka. Saya berbesar hati dengan jemputan ini. Terima kasih diucapkan untuk En. Jan Mohammad Khan kerana menjemput saya untuk persembahan kali ini. Saya pasti akan membuat persembahan yang paling gempak dan hebat pada malam tersebut. Saya akan pastikan kesemua hadirin yang hadir akan terpukau dengan magic yang saya akan lakukan dan akan menjadi ingatan mereka buat selama-lamanya. Tunggu persembahan saya nanti 19 April 2009 (Ahad).


Pada pagi sabtu lalu, saya ke pejabat SLDB untuk berbincang tentang persembahan makan malam tersebut. Saya berkesempatan mambuat beberapa magic kepada Staff-staff yang bekerja di syarikat tersebut. Terkejut, terpukau, terpanah, terpinga, tercengang itulah yang saya boleh katakan ketika mereka semua melihat magic yang saya lakukan. Itu baru bunga-bunga, tunggu persembahan saya nanti. Pasti lebih panas daripada itu. Terima sekali lagi untuk Sabah Land Development Broad atas jemputan ini.