Monday, April 20, 2009

Majlis Malam Mesra Ria SLDB



GEMPAKKKK!!!!!...itulah yang disebut oleh penonton-penonton yang menghadiri makan malam tersebut. Jemputan Sabah Land Development Broad telah memberi saya satu pengalaman baru. Persembahan saya pada malam tersebut sangat dikagumi dan saya boleh katakn berjaya. Persembahan kali ini saya telah dibantu oleh tiga orang rakan magic saya iaitu, Hafiz, Wan dan Zam...tanpa bantuan mereka memang gelap gelita saya malam itu. Mereka bertiga ini sangat hebat dalam magic card. Saya jemput mereka pun di saat-saat akhir. bantuan mereka saya dahului terima kasih. InsyaAllah akan datang saya akan jemput anda lagi.

Malam tersebut juga saya dibantu oleh adik kandung saya Mohd Miraj dan Adik sepupu saya Mohd fadli. Bantuan mereka mengurus magic saya juga membantu saya. Terima kasih adik-adik ku. Makan malam tersebut juga dihadiri oleh VIP iaitu YB dan Dato-Dato. Agak terkejut juga dengan kehadiran orang-orang besar ini. Tapi saya anggap itu sebagai cabaran. Akhirnya YB, dan Dato juga turut terpaku melihat magic saya. Naik saham geng....

Terdapat dua Slot yang diberi kepada saya ititu persembahan atas pentas dan persembahan secara Street Magic. Persembahan pentas agak sunyi sikit dan kurang respon dari penonton. Saya pun tidak tahu kenapa? Mungkin juga kali pertama melihat magic. Namun yang betul-betul riuh rendah apabila masuk Slot ke-dua. Persembahan secara Street magic dapat menmeriahkan magic pada malam tersebut. Dengan bantuan rakan-rakan saya, semuanya berjalan dengan lancar.


Akhir sekali, kami pulang dengan senyuman, kegembiraan dan kepuasan. Pengalman ini saya jadikan sandaran untuk magic yang akan datang. mudah-mudahan murah rezeki. Magicccccc!!!!

1 comment:

Maya said...

Semoga cikgu makin sukses dalam bidang magic ini.