Thursday, April 30, 2009

Mesyuarat Tergempar!!!






Hari ini aku dan rakan-rakan ku terpaksa membuat mesyuarat tergempar. Satu berita yang amat mengejutkan kami. Sehinggakan darah kami berderau ketakutan menerima berita tergempar ini. Jantung dan fikiran kami kusut untuk seketika. Tanpa membuang masa Hafiz dan Wan bergegas ke rumah aku untuk membuat mesyuarat tergempar.

Eastern Plaza Tawau telah menjemput kami untuk membuat persembahan magic pada 01Mei 2009 dan 03 Mei 2009. Majlis tersebut dihadiri Ketua Menteri Sabah Dato' Musa Aman yang akan turut merasmikan majlis tersebut. Jemputan di saat-saat akhir begini membuatkan kami panik dan gelabah seketika. Setelah berunding dan berbincang kami menganggap ini adalah satu cabaran untuk kami. Kami beranikan diri dan yakinkan diri untuk menyahut cabaran ini.

Kami merancang magic-magic yang sesuai untuk dipersembahkan pada hari tersebut. Bermacam-macam idea yang dikeluarkan. Namun kami memutuskan untuk membuat magic yang bersesuaian dengan suasana dan keadaan. Perbincangan kami hingga ke larut malam. Setelah menyenaraikan magic yang bakal dipersembahkan, kami menilai dari segi impaknya kepada penonton. Kata putus tidak dapat kami buat memandangkan masa amat singkat disebabkan malam kian gelita.

Kami membuat keputusan untuk membuat latihan pada keesokan harinya selepas selesai persekolahan aku. Tunggu Eastern Plaza Tawau!!!!...kami akan gempakkan anda semua di sanaaaaaaaaaa...........(dengar-dengar Stacy datang membuat persembahan juga....alamak terlebih sudah!!!)...apa-apa pun MAGICCC!!!!

1 comment:

Tanakwagu said...

hello Alif,
wah nampaknya ada sudah david blane sabah. teruskan menghibur audience ya