Wednesday, April 8, 2009

Performance at Tawau

Dengan sukacitanya saya sekali lagi dijemput untuk mempersembahkan persembahan magic. Sabah Land Development Board cawangan Tawau pula menjemput saya untuk memeriahkan lagi majlis mereka. Saya berbesar hati dengan jemputan ini. Terima kasih diucapkan untuk En. Jan Mohammad Khan kerana menjemput saya untuk persembahan kali ini. Saya pasti akan membuat persembahan yang paling gempak dan hebat pada malam tersebut. Saya akan pastikan kesemua hadirin yang hadir akan terpukau dengan magic yang saya akan lakukan dan akan menjadi ingatan mereka buat selama-lamanya. Tunggu persembahan saya nanti 19 April 2009 (Ahad).


Pada pagi sabtu lalu, saya ke pejabat SLDB untuk berbincang tentang persembahan makan malam tersebut. Saya berkesempatan mambuat beberapa magic kepada Staff-staff yang bekerja di syarikat tersebut. Terkejut, terpukau, terpanah, terpinga, tercengang itulah yang saya boleh katakan ketika mereka semua melihat magic yang saya lakukan. Itu baru bunga-bunga, tunggu persembahan saya nanti. Pasti lebih panas daripada itu. Terima sekali lagi untuk Sabah Land Development Broad atas jemputan ini.

1 comment:

Adry said...

wah best best... kalau kau mau kami review persembahanmu kau bagitau jak... hahahaha

Lif... bagus kau apply jadi Tawau Bloggers... isi jak borang dalam laman web kami...


Adry @ http://www.adrysabry.com