Monday, May 4, 2009

Spelling Competition at SK Perdana


Esok akan diadakan pertandingan Spelling peringakat zon Tawau. Sekolah saya telah menjadi tuan rumah untuk pertandingan tersebut. Saya telah dilantik menjadi AJK pendaftaran dan AJK PA sistem. Dalam kesempatan ini juga saya tidak ketinggalan untuk mempersembahkan magic pada hari tersebut. saya berbesar hati untuk membuat persembahan pada hari tersebut. dapat lagi saya memperkembangkan sayap saya kepada sekolah-sekolah lain. Saya bersandarkan pengalaman sedia ada, walaupun majlis biasa, tapi saya akan buat persembahan 5 bintang untuk hiburan esok hari...MAGICCCC!!!

Friday, May 1, 2009

Berjaya dan success.... (Gambar Perform Magic di Eastern Plaza)








Latihan dan usaha kami sehari semalam akhirnya berjaya menghiburkan orang ramai yang hadir pada hari tersebut. Saya dan rakan-rakan merancang dan membuat latihan sehingga 2.30 pagi untuk memberjayakan persembahan tersebut. Kehadiran orang ramai sedikit mengetarkan jantung kami. Berkat usaha yang gigih usaha kami berjaya menghiburkan orang ramai. Terima kasih untuk rakan-rakan magic saya Hafiz, Wan dan Along kerana menjemput saya untuk memeriahkan lagi acara tersebut. Jemputan kamu menambahkan lagi pengalaman saya tentang dunia persembahan magic. Yakin dan percayalah....."jika kita berada di hadapan jangan sesekali kita undur ke belakang".....nasihat ini untuk rakan-rakan magic saya....MAGICCCC!!!!