Saturday, August 22, 2009

Misteri kehilangan budak di Tawau...


Perhatikan dengan teliti gambar di atas. Gambar ini aku dapat sebelum ke tempat berkenaan.


Sebelum aku mulakan cerita ini, aku ingin mengucapkan salam ramadhan untuk semua yang beragama Islam. Berpuasa bagi yang mampu, bagi yang tak mampu sabar je la...huhuhu...

Kita kembali kepada cerita di atas. Seorang budak berumur 7 tahun telah hilang secara misteri di Merotai Tawau. Budak tersebut telah hilang pada hari ahad yang lalu sehingga sekarang belum ditemui lagi. Kisah kehilangan budak ini menjadi buah mulut orang ramai dan kehilangannya masih di anggap misteri. Saya mengehtahui cerita kehilangan budak ini daripada ayah saya yang kebetulan mengajar di kawasan merotai. Ayah saya kata budak ini hilang disembunyi "hantu". Cerita ayah saya ini membuat saya lebih teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Ayah menunjukkan gambar yang menunjukkan "Hantu" tersebut dan budak yang disembunyikan.
Gambar ini aku ambil semasa berkunjung ke tempat berkenaan.

Susah juga aku nak tafsirkan sama ada gambar tersebut betul ataupun tidak. Untuk mengetahui kebenaran yang sebenar, saya dan ayah saya pergi ke tempat kejadian itu berlaku. Mak dan isteri saya sedikit risau dengan keputusan yang saya buat. Ayah saya juga sedikit takut dengan tindakan saya. Tetapi saya tidak mahu lepaskan peluang ini untuk melihat kejadian yang sebenarnya berlaku.

Akhirnya ayah bersetuju ke tempat budak itu hilang. Aku, adik ku "Adim" dan ayah pergi ke tempat berkenaan. Aku membawa camera untuk menggambar kawasan berkenaan. Lebih kurang 20 minit, kami sampai ke tempat berkenaan. ramai orang kampung berkumpul di tempat kejadian. Aku dan ayah pergi berjumpa ayah budak tersebut. setelah mendengar cerita daripada ayahnya sendiri barulah kami dapat gembaran yang sebenar.

Menurut cerita ayahnya, sebelum kejadian berkenaan dia telah menebang pokok besar dibelakang rumahnya. Selang sehari kemudian, anaknya hilang secara ghaib. Kehilangan anaknya sekitar waktu maghrib. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh ayahnya, termasuk memanggil bomoh dan ustaz. Ayahnya juga turut menyiarkan kehilangan anaknya di dalam surat khabar. Solat hajat secara beramai-ramai juga turut dilakukan. Bomba dan polis juga turut membantu. Namun usaha tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil.

Kasihan juga aku melihat ayahnya. Jadi ayah aku memberikan sedikit panduan dan nasihat cara yang betul untuk memohon pertolongan daripada Allah untuk mengembalikan anaknya semula. Ayah aku bukan sembarangan orang, ayah aku berpengalaman besar dalam kejadian mistik begini. Ayah aku juga pernah berhadapan dengan perkara-perkara yang agak misteri begini. Jadi tidak rugi aku mengajak ayah aku ke sini. Setelah panduan dan nasihat diberikan oleh ayah. Kami pergi ke tempat pokok yang dikatakan tempat budak itu disembunyikan.

Kami pun bergerak ke tempat pokok berkenaan. Berbekalkan ilmu yang ada, aku dapat merasakan sesuatu yang ganjil dikawasan rumah budak tersebut. Sukar untuk aku tafsirkan benda yang ganjil itu hanya Allah yang tahu. Aku mengambil beberapa keping gambar dikawasan pokok berkenaan dan Selepas itu barulah kami pulang ke rumah.

Aku dapat tafsirkan ada tiga kemungkinan kehilangan budak tersebut. Pertama kemungkinan budak tersebut lemas di dalam air sungai, memandangkan sungai berada dibelakang rumah budak itu, walaupun usaha mencarinya di dalam sungai sudah pun dilakukan. Kedua, kemungkinan budak tersebut diculik oleh orang. Tetapi agak mustahil berlaku dikampung berkenaan memandangkan kawasan tersebut agak dalam dan jauh dari bandar. Ketiga, disembunyikan oleh Jin. Memandangkan ramai ustaz dan bomoh berkata sedimikian setelah ke tempat kejadian.

Aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan budak tersebut kembali ke pangkuan keluarganya. Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku. Setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin ini ujian daripada Allah untuk hambanya. Saya boleh anggap kejadian ini sebagai "Misteri....."

Saturday, August 15, 2009

Think Positive...


Gambar di atas adalah gambar aku dan anak aku "Auni". Sebab terjadinya kejadian tersebut adalah berpunca daripada anak aku yang telah menumpahkan bedak dilantai....Jadi aku malas nak bazir bedak tu...aku pun bedak la muka dia dan aku sendiri....macam HANTU dah....Ha,ha,ha

Bukan itu yang aku nak bincang sebenarnya, kali ini aku nak berkongsi pengalaman pahit ketika membuat magic....Ingat magic happy je ke?...ada juga kenangan pahitnya...tapi bila ku cerita kepada rakan-rakan ia menjadi suatu perkara yang lucu....

Ada dua kisah yang ingin aku kongsikan. Pertama, semasa persembahan magic di Perasmian Eastern Plaza Tawau, saya dan 3 orang rakan magic ( Hafiz , Wan dan Along) termasuk adik aku (Miraj) selaku pembantu kami sedang bergegas ke tempat persembahan. Waktu itu ramai sangat pengunjung yang datang. Kami terpaksa berlari-lari anak untuk bertemu pengurus persembahan kami. Asyik kami berjalan tiba-tiba 4 orang anggota Polis menahan kami. Polis itu berkata "Kamu bawa kayu ni nak pukul orang ka?" kata polis itu. Secara tidak langsung semua orang disekeliling kami memerhati kami dengan penuh teliti...MALU GENG!!!!.... lalu aku menjawab " Tak bang, kami nak buat magic kat pentas ni?"...." Apa kamu nak buat? Nak hilangkan orang?" kata polis itu. Oleh kerana semua mata tertumpu pada kami, aku dengan segera menunjukkan magic pada masa itu juga...NAH! apa lagi terkejut beruk polis tu tengok magic ku..orang disekeliling turut bertepuk tangan...Ha,ha,ha,,kami pun dilepaskan oleh polis ter sebut...nasib baik magic tu jadi, kalau tak jadi?

Kita ke kisah yang kedua, cerita ni saya tujukan untuk rakan magic saya Danny dan Max. Kejadian ini berlaku di Sabindo Plaza pada pukul 3.45 ptg. Dua rakan ku ini ingin membeli barangan magic dengan saya. seperti biasa kami berjumpa di Sabindo Plaza. Seperti biasa bila kami berjumpa kami akan berborak kosong mengenai magic. Sambil berborak kami juga akan menunjukkan magic masing-masing. Sedang aku ingin persembahkan magic "Search & Destroy". Tiba-tiba datang seorang "MAK CIK", menyelit melihat magic kami. Aku kehairanan juga, adalam hati aku berkata "ada juga makcik-makcik minat magic ya?". Tapi turut hairan muka kedua-dua rakan aku pucat semacam. Rupa-rupanya "Mak Cik" itu adalah pensyarah mereka. Apa lagi dia bantai terus aku dan rakan-rakan aku. Aku pun mempertahankan apa yang kami buat, dia tanpa memahami memarahi kami tanpa belas kasihan. Geram juga aku mulut celuparnya tu, tapi SABARRRR je la...

Aku hairan juga la, kenapa dia nak sibuk-sibuk hal yang kami buat? lantak mak bapak kami la nak buat magic? Dia sibuk marah-marah apa pasal? Kalau nak tunjuk kuasa sebagai pensyarah jangan la sampai di luar? Hati aku terbakar betul-betul masa tu....Ikutkan hati nak ku magic dia jadi "Penguin" baru dia tau...sekiranya pensyarah tersebut sedang membaca artikel saya ini, saya memohon maaf atas ketelanjuran kata-kata saya ini. Saya harap pensyarah tersebut "berfikiran terbuka" atau dalam bahasa inggeris " Think Positive", saya tidak marah dengan teguran anda, tapi tegurlah secara berhikmah. Lainlah kalau kami hisap dadah ke? Batu ke? aramaite ka? itu memang patut di marah...Ini buat Magic!!! apa barang nak marah....buka itu minda mu...

Itulah kisah-kisah yang ingin saya kongsikan saya harap ini menjadi pedoman untuk rakan-rakan magic yang lain. Saya simpan cerita-cerita ini sebagai kenangan yang indah untuk lebih maju ke hadapan....Magiccc!!!

Itulah kisah yang ingin saya kongsikan.


Tuesday, August 4, 2009

Finish......



Segala-galanya sudah selesai, kami berjaya menyempurnakan tugas saya dan rakan-rakan sebagai magician. Semua berpuas hati dengan persembahan kami. Magic yang kami persembahkan juga cukup mengagumkan yang menonton. Persembahan kami ditunggu-tunggu oleh semua yang hadir pada masa itu. Pada mulanya saya agak cemas juga, bersandarkan pengalaman yang ada semua dapat di atasi.

Persembahan saya dan rakan-rakan lebih kepada Close Up Magic dan Street Magic. 30 miniit yang pertama kami membuat secara Close UP dan 30 minit yang kedua kami buat secara Street Magic. Hari jadi Azmi juga dimeriahkan dengan persembahan tarian "Igal-igal". tarian yang berasal daripada suku kaum Bajau. Juga tidak ketinggalan tarian moden iaitu "Shuffle". Hebat juga persembahan mereka.

Selepas membuat persembahan dihari jadi Azmi kami terus ke Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia. Sekali lagi kami menggamatkan suasana di sana. Ramai yang kagum melihat persembahan magic kami. Kami lagi bersemangat dengan respon yang diberi. Hinggakan kami berasa penat. Sampai mabuk kami dibuatnya...Terima kasih rakan-rakan dari BRONEO MAGIC..we are good Magician Team... terima kasih juga untuk keluarga Azmi menjemput kami untuk membuat persembahan hari jadi anaknya...MAGICCCC!!!!