Saturday, August 22, 2009

Misteri kehilangan budak di Tawau...


Perhatikan dengan teliti gambar di atas. Gambar ini aku dapat sebelum ke tempat berkenaan.


Sebelum aku mulakan cerita ini, aku ingin mengucapkan salam ramadhan untuk semua yang beragama Islam. Berpuasa bagi yang mampu, bagi yang tak mampu sabar je la...huhuhu...

Kita kembali kepada cerita di atas. Seorang budak berumur 7 tahun telah hilang secara misteri di Merotai Tawau. Budak tersebut telah hilang pada hari ahad yang lalu sehingga sekarang belum ditemui lagi. Kisah kehilangan budak ini menjadi buah mulut orang ramai dan kehilangannya masih di anggap misteri. Saya mengehtahui cerita kehilangan budak ini daripada ayah saya yang kebetulan mengajar di kawasan merotai. Ayah saya kata budak ini hilang disembunyi "hantu". Cerita ayah saya ini membuat saya lebih teruja untuk mengetahui dengan lebih mendalam. Ayah menunjukkan gambar yang menunjukkan "Hantu" tersebut dan budak yang disembunyikan.
Gambar ini aku ambil semasa berkunjung ke tempat berkenaan.

Susah juga aku nak tafsirkan sama ada gambar tersebut betul ataupun tidak. Untuk mengetahui kebenaran yang sebenar, saya dan ayah saya pergi ke tempat kejadian itu berlaku. Mak dan isteri saya sedikit risau dengan keputusan yang saya buat. Ayah saya juga sedikit takut dengan tindakan saya. Tetapi saya tidak mahu lepaskan peluang ini untuk melihat kejadian yang sebenarnya berlaku.

Akhirnya ayah bersetuju ke tempat budak itu hilang. Aku, adik ku "Adim" dan ayah pergi ke tempat berkenaan. Aku membawa camera untuk menggambar kawasan berkenaan. Lebih kurang 20 minit, kami sampai ke tempat berkenaan. ramai orang kampung berkumpul di tempat kejadian. Aku dan ayah pergi berjumpa ayah budak tersebut. setelah mendengar cerita daripada ayahnya sendiri barulah kami dapat gembaran yang sebenar.

Menurut cerita ayahnya, sebelum kejadian berkenaan dia telah menebang pokok besar dibelakang rumahnya. Selang sehari kemudian, anaknya hilang secara ghaib. Kehilangan anaknya sekitar waktu maghrib. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh ayahnya, termasuk memanggil bomoh dan ustaz. Ayahnya juga turut menyiarkan kehilangan anaknya di dalam surat khabar. Solat hajat secara beramai-ramai juga turut dilakukan. Bomba dan polis juga turut membantu. Namun usaha tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil.

Kasihan juga aku melihat ayahnya. Jadi ayah aku memberikan sedikit panduan dan nasihat cara yang betul untuk memohon pertolongan daripada Allah untuk mengembalikan anaknya semula. Ayah aku bukan sembarangan orang, ayah aku berpengalaman besar dalam kejadian mistik begini. Ayah aku juga pernah berhadapan dengan perkara-perkara yang agak misteri begini. Jadi tidak rugi aku mengajak ayah aku ke sini. Setelah panduan dan nasihat diberikan oleh ayah. Kami pergi ke tempat pokok yang dikatakan tempat budak itu disembunyikan.

Kami pun bergerak ke tempat pokok berkenaan. Berbekalkan ilmu yang ada, aku dapat merasakan sesuatu yang ganjil dikawasan rumah budak tersebut. Sukar untuk aku tafsirkan benda yang ganjil itu hanya Allah yang tahu. Aku mengambil beberapa keping gambar dikawasan pokok berkenaan dan Selepas itu barulah kami pulang ke rumah.

Aku dapat tafsirkan ada tiga kemungkinan kehilangan budak tersebut. Pertama kemungkinan budak tersebut lemas di dalam air sungai, memandangkan sungai berada dibelakang rumah budak itu, walaupun usaha mencarinya di dalam sungai sudah pun dilakukan. Kedua, kemungkinan budak tersebut diculik oleh orang. Tetapi agak mustahil berlaku dikampung berkenaan memandangkan kawasan tersebut agak dalam dan jauh dari bandar. Ketiga, disembunyikan oleh Jin. Memandangkan ramai ustaz dan bomoh berkata sedimikian setelah ke tempat kejadian.

Aku berdoa kepada Allah mudah-mudahan budak tersebut kembali ke pangkuan keluarganya. Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku. Setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin ini ujian daripada Allah untuk hambanya. Saya boleh anggap kejadian ini sebagai "Misteri....."

No comments: