Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009

Selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan kepada kawan-kawan, pelanggan dan semua yang mengenali saya. Saya dan famili saya memohon maaf zahir dan batin atas kesalahan yang dibuat. Kesibukan raya ni membuatkan saya tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa dalam blog ini. Ditambahkan lagi saya terkena demam panas. saya sempat membuat cerita pendek tentang raya di kampung saya...Enjoy!!!!



Monday, September 14, 2009

Winner 605 Contest.




Greetings!

I'm writing to let you know that you are one of the winners for the 605 creativity contest that was held at www.waynehouchin.com

Check out the podcast that myself, Dana Hocking, and Lee Asher recorded for you guys: http://www.waynehouchin.com/605PodCast.mp3

Also, be sure to check out the news post on the main page of www.waynehouchin.com

Congratulations - we had many entries but your video stood out! I need you to send me an email with your full mailing address as soon as you get a chance. My team & I will be out in Vegas for the next week, but your prizes will be shipped off as soon as I return. Congrats!

.WH // wayne : houchin
magician + visual artist

Ini adalah email yang diberi kepada saya. Saya di antara 5 pemenang 605 Contest Wayne Houchin + Lee Asher. Akhirnya usaha saya tidak sia-sia dan berbaloi. Ribuan terima kasih kepada yang sentiasa menyokong saya dalam bidang magic ini. Terima kasih banyak-banyak. Ini kemenangan untuk diri saya dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya. Magiccc!!!!

Tuesday, September 8, 2009

Criss Angel Mindfreak at AXN channel.





Sekiranya anda ada astro di rumah jangan ketinggalan untuk menonton Criss Angel Mindfreak musim ke 4 Pukul 10.00 malam di AXN Channel (701). setiap hari Isnin. Sungguh hebat dan menghiburkan, magic yang dipersembahkan oleh beliau membuat mulut saya ternganga besar. Idea-idea magic yang dipersembahkan oleh beliau sangat kreatif, walaupun pernah dipersembahkan musim sebelumnya namun cara persembahannya agak unik dan menarik.

Musim ke 4 ini lebih mesra alam dan lawak. Criss Angel menyerapkan komedi dalam musim ke 4 ini. Ini dapat menarik lebih ramai yang penonton segenap umur. Saya suka melihat wajah-wajah mangsa yang terkejut melihatpersembahan Criss Angel. Saya sedikit tidak bosan melihat setiap episod yang ditayangkan. Malah saya tidak sabar untuk menonton episod seterusnya minggu hadapan.

Saya ucapkan tahniah untuk Criss Angel untuk magic-magic yang dipersembahkan. Walaupun ada segelintir tidak dapat menerima magic yang dipersembahkan oleh beliau, tetapi bagi saya Criss Angel mempersembahkan magicnya untuk menghiburkan yang menonton, jadi tontonlah dengan minda yang terbuka, hiburkan hati dengan magic yang dipersembahkan anda pasti seronok.

Criss Angel musim ke 5 akan muncul tak lama lagi. Jangan ketinggalan untuk melihat musim yang ke 5 " Five Lives". Saya tidak sabar-sabar untuk melihat musim yang ke 5. Magic-magic beliau boleh menjadi inspirasi saya untuk memajukan magic saya...Criss Angel...MAGICCCC!!!!

Monday, September 7, 2009

Terima Kasih Hospital Besar Tawau...



Pada 31 Ogos 2009 lalu, anak aku jatuh sakit. Hampir seminggu juga anak aku jatuh sakit. Namun pada hari tersebut, demam anak ku sangat teruk. Panas badannya tidak susut walaupun diberi makan ubat. Risau juga aku dibuatnya, tanpa membuang masa aku terus bawa anak aku ke Hospital Besar Tawau. Aku dan isteriku membawa anak ku ke tempat pesakit luar, apabila suhu diperiksa panas badan anak ku mencecah 40 darjah celcius. Anak ku diarahkan ke wad kecemasan untuk pemeriksaan lanjut. Aku cemas setelah mengetahui suhu badannya, setelah pendaftaran selesai nama anak ku dipanggil. Aku dan isteriku bawa anak ku segera.

Tiba-tiba Doktor yang bertugas pada masa tersebut menegur aku. " Awak Magic Tawau kan?", Aku tergamam sementara, aku pun mengiakan. Lepas tu doktor tu cakap lagi "Wah boleh la buat magic", aku tersenyum bila dia berkata sedemikian. Dalam keadaan cemas ni pun sempat juga doktor tu suruh aku buat magic. Aku pun suruh rawat anak aku dahulu baru aku buat magic. Aku pun tanya doktor tersebut dari mana tahu tentang magictawau. Dia cakap dia sering mengunjungi laman blog saya dan laman youtube saya. Doktor tu sangat teruja berjumpa saya, hampir semua perjalanan magic saya dia ketahui. Saya boleh anggap doktor tersebut di antara peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan magic saya.

Setelah selesai anak aku dirawat, aku pun buat sedikit magic untuk doktor tersebut. Rakan-rakannya yang lain juga turut melihat dan kagum dengan magic yang saya buat. Terima kasih saya ucapkan kepada doktor dan petugas-petugas di wad kecemasan tersebut. Tindakan dan layanan anda saya sangat berpuas hati. Kepada doktor sekiranya anda baca artikel saya ini, saya ucapkan terima kasih atas menyokong karier saya sebagai magician. Saya pun lupa pula tanya nama awak. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak....MAGICCCC!!!!

Thursday, September 3, 2009

Belajar Magic dalam Haiwan Teladan


Rancangan Haiwan Teladan kini masuk musim ke dua. Rancangan ni disiarkan di TV3 sepanjang bulan ramadhan pada pukul 9 pagi. Rancangan ni menceritakan pelbagai cerita menarik dan tauladan yang diadaptasi dari cerita haiwan. Sambil membuat kerja sekolah sambil menonton rancangan ini sangat hebat. Pastinya yang menarik magician "AMAR" turut mengajar magic kepada kanak-kanak yang turut serta dalam rancangan itu. Satu idea yang menarik oleh AMAR. Secara tidak langsung kita dapat berkongsi ilmu magic. Sesiapa yang ingin belajar magic daripada AMAR, jangan lupa tonton rancangan ini. Selain mendapat cerita tauladan tentang haiwan, dapat juga menambah ilmu magic. Terima kasih AMAR untuk rancangan ini....