Tuesday, September 8, 2009

Criss Angel Mindfreak at AXN channel.





Sekiranya anda ada astro di rumah jangan ketinggalan untuk menonton Criss Angel Mindfreak musim ke 4 Pukul 10.00 malam di AXN Channel (701). setiap hari Isnin. Sungguh hebat dan menghiburkan, magic yang dipersembahkan oleh beliau membuat mulut saya ternganga besar. Idea-idea magic yang dipersembahkan oleh beliau sangat kreatif, walaupun pernah dipersembahkan musim sebelumnya namun cara persembahannya agak unik dan menarik.

Musim ke 4 ini lebih mesra alam dan lawak. Criss Angel menyerapkan komedi dalam musim ke 4 ini. Ini dapat menarik lebih ramai yang penonton segenap umur. Saya suka melihat wajah-wajah mangsa yang terkejut melihatpersembahan Criss Angel. Saya sedikit tidak bosan melihat setiap episod yang ditayangkan. Malah saya tidak sabar untuk menonton episod seterusnya minggu hadapan.

Saya ucapkan tahniah untuk Criss Angel untuk magic-magic yang dipersembahkan. Walaupun ada segelintir tidak dapat menerima magic yang dipersembahkan oleh beliau, tetapi bagi saya Criss Angel mempersembahkan magicnya untuk menghiburkan yang menonton, jadi tontonlah dengan minda yang terbuka, hiburkan hati dengan magic yang dipersembahkan anda pasti seronok.

Criss Angel musim ke 5 akan muncul tak lama lagi. Jangan ketinggalan untuk melihat musim yang ke 5 " Five Lives". Saya tidak sabar-sabar untuk melihat musim yang ke 5. Magic-magic beliau boleh menjadi inspirasi saya untuk memajukan magic saya...Criss Angel...MAGICCCC!!!!

No comments: