Monday, September 7, 2009

Terima Kasih Hospital Besar Tawau...



Pada 31 Ogos 2009 lalu, anak aku jatuh sakit. Hampir seminggu juga anak aku jatuh sakit. Namun pada hari tersebut, demam anak ku sangat teruk. Panas badannya tidak susut walaupun diberi makan ubat. Risau juga aku dibuatnya, tanpa membuang masa aku terus bawa anak aku ke Hospital Besar Tawau. Aku dan isteriku membawa anak ku ke tempat pesakit luar, apabila suhu diperiksa panas badan anak ku mencecah 40 darjah celcius. Anak ku diarahkan ke wad kecemasan untuk pemeriksaan lanjut. Aku cemas setelah mengetahui suhu badannya, setelah pendaftaran selesai nama anak ku dipanggil. Aku dan isteriku bawa anak ku segera.

Tiba-tiba Doktor yang bertugas pada masa tersebut menegur aku. " Awak Magic Tawau kan?", Aku tergamam sementara, aku pun mengiakan. Lepas tu doktor tu cakap lagi "Wah boleh la buat magic", aku tersenyum bila dia berkata sedemikian. Dalam keadaan cemas ni pun sempat juga doktor tu suruh aku buat magic. Aku pun suruh rawat anak aku dahulu baru aku buat magic. Aku pun tanya doktor tersebut dari mana tahu tentang magictawau. Dia cakap dia sering mengunjungi laman blog saya dan laman youtube saya. Doktor tu sangat teruja berjumpa saya, hampir semua perjalanan magic saya dia ketahui. Saya boleh anggap doktor tersebut di antara peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan magic saya.

Setelah selesai anak aku dirawat, aku pun buat sedikit magic untuk doktor tersebut. Rakan-rakannya yang lain juga turut melihat dan kagum dengan magic yang saya buat. Terima kasih saya ucapkan kepada doktor dan petugas-petugas di wad kecemasan tersebut. Tindakan dan layanan anda saya sangat berpuas hati. Kepada doktor sekiranya anda baca artikel saya ini, saya ucapkan terima kasih atas menyokong karier saya sebagai magician. Saya pun lupa pula tanya nama awak. Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak....MAGICCCC!!!!

No comments: