Tuesday, October 27, 2009

To Expensive....

Are you agree if magic props sales to expensive? you can vote this question at left at my blog. just clicks yes or no. Thank you choose magictawau blog.

Adakah anda bersetuju jika barangan magic dijual pada harga yang mahal? sila undi disebelah kiri blog saya. Undian anda penting untuk magician di seluruh dunia. Terima kasih.

Saturday, October 24, 2009

Lawrence Tan at Tawau


Lawrence Tan, famous magician at Sabah. Telah menggegarkan Tawau dengan persembahannya yang memukau. Beliau menghubungi saya sehari sebelum show tersebut. Pada permulaannya beliau hanya memperkenalkan nama sahaja dan mahu berjumpa saya dan membeli barang magic. Saya pun seperti biasa mengalu-alukan kedatangan tetamu yang datang ke Tawau dan ingin membeli barangan magic daripada saya.

Namun halangan melintang membuatkan saya sukar untuk berjumpa beliau. Beliau menginap di Hotel Permonand ...betul ka ejaan hotel tu...hantam saja la...Lebih kurang jam 4 petang barulah beliau memperkenalkan diri dan tujuan datang ke Tawau. Stelah saya tahu beliau adalah Lawrence Tan saya segera dengan pecut menuju ke tempat beliau.

Kami berjumpa di bandar Tawau, kemudian membawa beliau ke rumah untuk membeli beberapa barangan magic. Beliau menceritakan latar belakang dan pengalaman beliau dalam bidang magic. Sangat jauh dan lama pengalaman beliau dalam bidang ini, berbanding saya yang baru beberapa tahun jagung... Setelah selesai membeli barang beliau menjemput saya untuk melihat sendiri persembahan beliau pada malam itu.

Tanpa membuang masa saya bersiap dan menuju ke tempat persembahan beliau. Persembahan yang beliau buat sempena Nippon paint Dinner. Dari pakaian hingga peralatan beliau sudah menunjukkan beliau seorang magician yang profesional. Kebetulan Zam rakan magic juga bekerja di hotel berkenaan. Kami berdua pun berabis la menuntut ilmu dengan beliau. Macam-macam beliau ajar. Kami masing-masing menunjukkan magic kami, kemudian beliau turut menunjukkan magic kepada kami. Kami hanya mampu tercengang melihat persembahannya.

Saya telah merakam dan uploadkan ke dalam channel youtube saya performance beliau pada malam itu. Panjang performance nya malam tu....apa pun Five star untuk beliau.....saya tabik dengan cara beliau mempersembahkan magic di atas pentas sangat profesional. Saya akan ambil iktibar dengan cara beliau untuk memperbaiki lagi persembahan magic saya.

Saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Lawrence Tan kerana sudi bertemu saya. Saya sangat kagum dengan anda. kalau ada persembahan magic lagi jemput-jemputlah saya ...he,he,he....kaya raya performance dengan beliau...

Last words for you Lawrence "Your A Great Magician"...

Wednesday, October 21, 2009

Project Alpha: Adidas Action 3


Sekali lagi saya gunakan silap mata saya untuk mengiklankan produk Adidas. Ini adalah sebahagian daripada "Project Alpha blog contest" anjuran nuffnang dan Adidas. Hadiahnya cukup lumayan untuk dimenangi, tidak salah kalau kita mencuba. Untung nasib siapa yang tahu.

Adidas Action 3 deodorant adalah produk terbaru dari adidas. Ia sesuai digunakan untuk individu yang aktif bersukan. Ia bukan sahaja memberi keselesaan, malah memberi kesegaran sepanjang masa. Ia harum, murah dan boleh didapati di kedai-kedai berhampiran rumah anda.

Miliki produk ini, ia sangat sesuai untuk semua golongan tidak kira bangsa dan kaum. Ia mudah dibawa kemana-mana dapat menyahkan bau ketiak yang tidak diingini....itulah MAGICCCC!!!!

Monday, October 19, 2009

Magic sangat diperlukan di Malaysia...


Setelah hampir seminggu undian dijalankan, hampir 80% pengundi memilih "ya, ramai meminati magic dan sangat diperlukan". Manakala 5% undian memilih "Tidak, silap mata bukan budaya rakyat kita." dan 15% mengundi "Mungkin, mengikut keperluan masyarakat.

Nyata dan jelas silap mata di Malaysia ini baru mula berkembang dan akan terus berkembang. Masa depan silap mata untuk dijadikan sebagai kerjaya adalah sangat cerah. Mungkin untuk masa ini, masih ramai yang mendapat info tentang persembahan magic di Malaysia. Mungkin juga ramai beranggapan tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu buat magic. Ataupun ramai beranggapan silap mata rakyat Malaysia tidak hebat seperti luar negara. Sedangkan ada yang jauh lebih hebat daripada David Blaine...macam aku la...hahahahhahaha...PERASANTAN...

Pendedahan tentang persembahan magic masih belum meluas lagi diikalangan rakyat Malaysia, hanya segelintir golongan sahaja yang tahu akan kelebihan persembahan magic dalam sesebuah majlis. Jadi saya boleh membuat kesimpulan kerjaya magic di Malaysia masih mempunyai masa depan yang cerah. Saya pasti akan ada ahli silap mata di Malaysia bergelar jutawan dengan hanya membuat magic. Mungkin sudah ada kot? Ashlem Roy?...mungkin juga?saya kurang pasti pula... Jadikan magic sebahagian daripada hidup anda....MAGICCC!!!!

Sunday, October 18, 2009

Cover Line.....



Hari ini sekolah saya mengadakan sambutan raya sempena program RIMUP yang dirasmikan oleh YB Dato Haji Taufiq Abu Bakar Titingan....Tapi YB tidak dapat hadir atas urusan kerja..yang merasmikan majlis tersebut adalah wakil beliau , apa namanya ya? aku pun dah lupa pula, yang saya ingat Ketua Wanita UMNO Tawau.

Sambutan raya tersebut sangat meriah, ramai ibu bapa, kakak, abang dan adik-adik datang memeriahkan majlis tersebut. Semua memakai baju raya yang berwarna warni dan berkelip-kelip. Pelbagai juadah disediakan, hingga tak tertahan melihatnya. Perut berkeroncong sahaja melihat makanan yang disediakan. Selain itu, pelbagai persembahan juga disediakan untuk pengunjung yang datang, mahupun persembahan dari sekolah juga jemputan yang hadir.


Antara persembahan yang dipersembahkan termasuklah koir dari murid tahun enam (dibawah bimbingan cikgu alif), persembahan sajak wakil daripada UMNO Juga persembahan bercerita dariapada juara bercerita peringkat kebangsaan iaitu.....siapa namanya ya? aku tak ingat la pula....yang aku ingat dia dari sekolah cina..memang hebat budak tu bercerita....

Majlis berehat sementara disusuli dengan jamuan makan. Sambil menjamu selera persembahan nyanyian daripada wakil UMNO sekali lagi menggamat suasana walaupun dia nyanyi tak la sedap sangat. Saya baru ja mahu menikmati hidangan sudah ada kerja yang menyusul. pada hari tersebut saya dilantik sebagai AJK Persembahan dan AJK PA sistem....sibuk gila dibuatnya aku....

Selepas menjamu selera, persembahan diteruskan dengan pertandingan pakaian beragam, aku pun stand by la CD lagu. Tengah-tengah buat persiapan tiba-tiba elektrik terpadam...keadaan menjadi sunyi sepi...Apa lagi semua program dan persembahan terpaksa tertangguh. Semua guru menjadi panik....Ibubapa dah mula bising...jemputan pun dah kipas-kipas kepanasan...

Aku tanpa membuang masa naik ke atas pentas dan terus memperkenalkan diri dan membuat persembahan magic...Suasana menjadi gamat semula...murid-murid bersorak keriangan melihat aku ingin membuat persembahan magic...Magic rope, Distortion dan Instic menjadi pilihan aku. dalam keadaan yang tidak bersedia aku terpaksa menyediakan diri aku. Nasib baik aku ada bawa beberapa barang magic dalam beg aku. selepas persembahan yang ketiga elektrik pun hidup semula. Semua menarik nafas lega....



Setelah selesai majlis, ramai juga yang jumpa saya minta buat magic. Saya buat la beberapa magic, respon sungguh baik dan hebat. Sayang sungguh tiada siapa yang buat record. Susah juga jadi hero hindustan ni.....Yang malangnya aku kelaparan tak dapat makan....semua hidangan habis lesap bagai taufan yang melanda....tapi aku seronok hadirin yang hadir terhibur dengan persembahan magic aku...MAGICCC!!!

Wednesday, October 14, 2009

Magic di Malaysia mempunyai masa depan?


Soalan ini sering berlegar-legar difikiran magician terutamanya magician di Malaysia. Saya pernah mendapat sms dari rakan magician "Zaidi Fuyoo Magic" menanyakan soalan sedemikian.

Bolehkan silap mata ini boleh dijadikan sebagai kerjaya? Adakah rakyat Malaysia memerlukan magician? Apakah respon rakyat Malaysia tentang magic? banyak lagi menjadi persoalan dikalangan magician di Malaysia ini. Ayuh magician dan rakyat malaysia saya perlukan undian anda.

Sebelah kiri blog saya ada soalan undian, anda boleh klik 3 jawapan pilihan, sama ada YA, TIDAK atau MUNGKIN. Undian anda penentu masa depan.

Sunday, October 11, 2009

605 Deck from Lee Asher


Saya telah menerima hadiah daripada Lee Asher berupa 605 Deck berwarna hijau eksklusif untuk pemenang-pemenang pertandingan video magic beberapa minggu yang lalu. Saya juga menerima sepucuk surat dan sekeping card yang ditandatangani oleh Lee Asher. Saya rasa amat bertuah dengan kemenangan ini. Ini sejarah paling manis sepanjang karier saya sebagai magician. Saya berterus terang saya bukan seorang card flourish, saya sudah untuk belajar tetapi masih gagal. Sedikit asas tentang flourish card boleh juga saya kuasai. Berbanding dengan rakan-rakan saya yang lain seperti Taufiq dan Wan.....ternganga mulut aku tengok dorang buat flourish.....

Deck 605 ini saya akan simpan sebagai kenangan saya, bukan sahaja deck saya simpan. Sampul suratnya pun aku simpan sekali. Mana tak nya LEE ASHER yang pos surat tu. saya banyak menerima SMS dan komen dalam youtube daripada rakan-rakan tentang kemenangan saya dalam pertandingan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih, sokongan kamu menaikkan lagi semangat saya untuk terus berjuang dalam magic.

Bagi diri saya, magic bukanlah untuk kita menunjuk-nunjuk. Saya tidak mengaku diri saya hebat dan paling power di Malaysia ini. Tujuan utama saya adalah untuk menghiburkan orang lain, Saya suka orang lain tersenyum dan kagum melihat magic saya. Saya suka mempelbagaikan magic saya, saya lebih gemar menggunakan bahan yang sedia ada disekeliling untuk saya mempersembahkan magic.

Walaupun saya dikritik dan kadang-kadang dihina dalam youtube juga melalui SMS. Saya tidak kisah dengan semua itu, Apa yang penting bagi diri saya? Saya gembira dengan apa yang saya buat..... untuk maju kehadapan jangan sesekali undur ke belakang. Buat yang terbaik untuk yang terbaik bagi diri sendiri.

Kebelakangan ini saya amat sibuk dengan kerja sekolah saya, ya bertimbun-timbun kerja sekolah. Jadi video magic mungkin tertangguh untuk beberapa minggu ini. Sehingga selesai semuanya, saya pasti akan kembali menggegarkan dunia magic di Malaysia. Saya sangat mengalu-alukan kepada rakan-rakan yang ingin belajar magic. Tetapi harus di ingat sebagai magician sejati "Biar Pecah Di Perut Jangan Pecah Di Mulut"