Wednesday, October 14, 2009

Magic di Malaysia mempunyai masa depan?


Soalan ini sering berlegar-legar difikiran magician terutamanya magician di Malaysia. Saya pernah mendapat sms dari rakan magician "Zaidi Fuyoo Magic" menanyakan soalan sedemikian.

Bolehkan silap mata ini boleh dijadikan sebagai kerjaya? Adakah rakyat Malaysia memerlukan magician? Apakah respon rakyat Malaysia tentang magic? banyak lagi menjadi persoalan dikalangan magician di Malaysia ini. Ayuh magician dan rakyat malaysia saya perlukan undian anda.

Sebelah kiri blog saya ada soalan undian, anda boleh klik 3 jawapan pilihan, sama ada YA, TIDAK atau MUNGKIN. Undian anda penentu masa depan.

3 comments:

Eel said...

salam.
Bagi pendapat saya, rasanya kalau nak jadikan Magician sebagai kerjaya tidak sesuai di Malaysia. Ini disebabkan Islam merupakan teras agama majoriti rakyat Malaysia. "Magic" ini menyerupai sihir walaupun realitinya tiada sihir yang digunakan. Tapi kita harus pertimbangkan, kalau setakat hobi tak apa, tapi kalau nak serius sampai nak jadi kerjaya, baik jangan, sebab fikirkanlah, adakah sumber duit dan rezeki daripada menjadi magician adalah halal? Renungkanlah..

P/s: Jangan kutuk aku wei, just nak bagi pendapat..

fbakti said...

salam bro,
selagi tak ada unsur syirik & khurafat, aku rasa tak ada salahnya dengan permainan silap mata ni.
pada aku la, itu 'talent' yang ada pada kau.

p/s: aku suka sgt tengok orang muda yg berbakat. moga2 kau berjaya dan masyur di pentas dunia sekali gus mengharumkan nama baik bangsa dan negara.

Anonymous said...

"Islam merupakan teras agama majoriti rakyat Malaysia"

apa maksud eel said berken silap mata dengan teras agama???

silap mata yg di tunjukkan bukanlah sihir cuma ianya satu kemahiran yg melibatkan kecekapan tangan dan fikiran,serta adakalanya ia di bantu olh PROP yg telah di sediakan..

adakah bersalahan dgn agama Islam apabila kita hanya menggunakan kemahirn ini semua untuk tujuan hiburan???bg saya ini semua pemikiran yg sempit dan tidak mengkaji sblm memberi pendapat.maaf ckp,agar tidak diulangi semula kesilapan ok.

"Magic" ini menyerupai sihir walaupun realitinya tiada sihir yang digunakan"

serupa bukan semestinya sama secara keseluruhannya termasuklah dari segi hukum hakam ajaran Islam. kalaulah eel said masih juga menyamakan bagaimana pula dgn Nabi SAW yg membelah bulan dan meletakkan di tangannya? dan adakah salah apabila nabi Musa menjadikan tongkatnya bertukar menjadi ular?? bukankah ini juga serupa Magic??jikalau mgikut tafsiran eel said bermakna para Nabi juga melakukan satu perkara yg Haram dan bersalahan dgn ajaran agama kerana ia serupa Magic..huh hebat sungguh penyerupaan sebegini mengikut tafsiran yg sempit..

"Tapi kita harus pertimbangkan, kalau setakat hobi tak apa, tapi kalau nak serius sampai nak jadi kerjaya, baik jangan, sebab fikirkanlah, adakah sumber duit dan rezeki daripada menjadi magician adalah halal?"

HALAL???sudah tentulah sumber persembahan silap mata adalah halal,di manakah yg haramnya??malah ianya lbh suci dan mulia drp pekerjaan sebagai pegawai kerajaan yg zahirnya halal dan menjadi haram apabila memakan rasuah,salah guna kuasa dan sebagainya..tidakkah anda berfikir??

seandainy ingin membuat teguran,sila mengkaji dan menyelidik terlebih dahulu..ini tidak,terus sj hambur pndapat tanpa apa2 pngetahuan..apa pun jika anda mengatakan "sy hanya memberi pendapat" sila beri pendapat yg membina bukan menjatuhkan org lain..