Sunday, November 29, 2009

The Best Street Magician 2009


English Version

“The best street magic 2009” that is the title that I can give to Cyril Takayama. The magic show that he was performed was so cool and amazing. Two episode which already on air from his own television program shows called “simply magic” in AXN channel is enough to prove that Cyril is The Best Street Magician in 2009.

Why I said like that???? First, when the whole program was shown, what I can look Cyril only performs his simple magic trick, but he manages to attract people to amaze with it. Suitable with his television program shows title “Simply Magic”. I really amaze to look on Cyril for performing his simple magic tricks become a magic that people can amaze and entertain.

Many respond from audience through his magic have proven his wonderful shows. There are many things that I can learn from Cyril magic shows. I really like Cyril skills to capture his audience heart and interact with them, and how he manages his shows until it can give big impact to people who watch it. Beautiful, arrange and interesting.

Many my colleagues call and message me to have a talk about his magic shows. I really want to say thank you for my friend who share their story about Cyril Takayama.To anyone who misses his shows, you can watch it in channel youtube from my friend Vincent. Thank you to Vincent for uploading Cyril magic videos in youtube. I never get tired and bored watching Cyril magic trick.

Next week was the last episode for Cyril Takayama television program shows. He will perform his magic trick in Taiwan. I was so sad to know this will be the last episode for his program shows. I am really sure that all magic fans goanna miss his show too. Thank you to Cyril Takayama for giving inspiration to all magicians in this Asian region.

The video on the top is one of his magic shows that I really like. Look how Cyril Takayama performed his magic…. That is Magic!!!!

Versi Bahasa Melayu

The best street magician 2009....itulah yang saya boleh berikan untuk Cyril Takayama. Persembahan magic yang ditunjukkan sangat hebat dan sungguh mengagumkan. Dua episod telah ditayangkan menerusi rancangan beliau iaitu "Simply Magic" di AXN Channel sudah memadai untuk mengelar Cyril sebagai magician jalanan yang terbaik bagi tahun 2009.


Kenapa saya bercakap sedemikian? pertama, sepanjang rancangan tersebut disiarkan apa yang saya lihat Cyril hanya mempersembahkan magic yang mudah tetapi impak daripada magic mudah tersebut sangat mengagumkan. Bersesuaian dengan tajuk rancangan beliau "Simply Magic". Betapa kagumnya diri saya melihat Cyril mempersembahkan magic yang mudah menjadi magic yang sangat dikagumi dan menghiburkan.

Respon orang ramai terhadap magic beliau membuktikan kehebatan persembahan beliau. Banyak yang saya dapat pelajari daripada persembahan Cyril. Saya sangat suka cara Cyril berinteraksi dengan penonton, cara Cyril mengatur persembahan sehingga meninggalkan impak yang besar kepada sesiapa yang menontonnya. Sungguh cantik, teratur dan menarik.

Ramai juga rakan-rakan seperjuangan menelefon dan sms saya berbual tentang persembahan magic beliau. Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi cerita tentang Cyril Takayama.

Kepada sesiapa yang terlepas melihat persembahan beliau. Anda boleh saksikannya di dalam channel youtube rakan saya Vincent "http://www.youtube.com/user/cardevect" .Terima kasih Vincent kerana memasukkan video-video magic beliau ke dalam youtube. Berulang kali saya melihat magic Cyril, tak pernah rasa bosan dan jemu.

Minggu hadapan adalah episod terakhir rancangan Cyril takayama. Beliau akan membuatpersembahan di negara Taiwan. Rasa sedih rancagan Cyril akan berakhir minggu hadapan. Pasti semua peminat magic akan merindui persembahan beliau. Terima kasih Cyril Takayama. Kau banyak memberi inspirasi kepada kami sebagai magician di kawasan Asia ini.

Video di atas ini diantara persembahan yang paling saya suka. Lihat bagaimana cara beliau mempersembahan magic ini.....itulah magic!!!

Monday, November 23, 2009

Arcane Deck From Ellusionist


Saya baru sahaja memiliki "White Arcane Deck", saya beli di www.themagicstreet.com , Arcane Deck ini adalah deck keluaran terbaru Ellusionist. Saya terus terang, card ini memang cantik dan berkualiti tinggi. Kesenian dalam gambar pada kad-kad tersebut memukau saya untuk merenung setiap dari kad tersebut.

Saya terpegun dengan gambar yang terdapat pada kad JOKER. Inilah JOKER yang paling cute dan cantik yang pernah saya jumpai sebelum ini. Saya pilih warna putih kerana ia mudah untuk dipersembahkan kepada umum. Berbanding warna hitam, walaupun cantik tetapi bagi saya ia kurang sesuai untuk dibuat magic, mungkin magic yang tertentu sahaja.

Saya telah membuat beberapa rakaman magic menggunakan Arcane Deck ini di Kompleks Stadium Tawau. Saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi melihat persembahan magic saya di kompleks tersebut. Walaupun ada segelintir yang masih tak paham akan persembahan magic.

Tidak ada masalah untuk membiasakan diri dengan Arcane deck ini, kelicinan card tersebut perlu dibiasakan ditangan kita. Saya tidak bermasalah dengan Deck ini. Saya rasa sayang juga deck ni dijadikan untuk persembahan magic....terlalu cantik!!!! Kepada yang belum memilikinya. saya sarankan anda untuk memiliki deck ini. Anda pasti berpuas hati memiliki Arcane Deck ini. Anda boleh lihat persembahan magic saya dengan Arcane Deck ini dalam channel youtube saya. Semoga terhibur....



Monday, November 9, 2009

Cyril : Simply Magic


Siapa tak kenal Cyril Takayama? Magician yang paling kreatif dan mengagumkan di dunia ini. Persembahannya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Kini beliau akan muncul dalam channel AXN pada 19 November ini menerusi rancangan "Simply Magic". Saya tidak sabar untuk melihat rancangan ini minggu hadapan. Iklan rancangan Simply magic ni pun sudah cukup memukau.

Beliau seorang magician berbangsa Jepun-France. Beliau pernah muncul dalam rancangan T.H.E.M yang sangat popular di Amerika, Kehebatan beliau yang saya sangat kagum adalah persembahan magicnya. Cyril boleh jadikan magic mudah menjadi magic yang mantap. Dia selalu menggabungkan pelbagai magic menjadi satu persembahan yang sangat mengagumkan.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat rancangan terbaru beliau di channel AXN pada 19 November ini. Persembahan magicnya banyak memberi inspirasi, idea dan motivasi kepada saya untuk memperbaiki persemabahan magic saya. Satu hari nanti, saya pasti akan bersama-sama Cyril membuat persembahan magic. Ya saya pasti.....


Sunday, November 8, 2009

To Expensive.... (Result)


Gambar di atas adalah kenangan bersama-sama dengan anak murid nasyid saya. Kami meraihkan kemenangan tempat pertama dalam pertandingan nasyid peringkat daerah Klang.

Setelah seminggu lebih menjalankan undian terbuka, akhirnya saya dapat membuat beberapa kesimpulan melalui undian tersebut. 25% bersetuju menjual barangan magic pada harga yang mahal, aku pasti yang mengundi link ni mesti Tauke Kedai Magic. Manakala 75% memilih tidak bersetuju kerana ramai yang ingin belajar magic, saya pasti yang mengundi link ini adalah anda yang ingin belajar magic.

Bagi diri saya kedua-dua jawapan mempunyai alasan tersendiri. Barangan magic sangat mahal adalah perlu, ini disebabkan rahsia magic tersebut. Magician sejati tidak akan sesekali membocorkan magicnya kepada orang lain melainkan ada oarang sanggup membeli magic berkenaan pada harga yang mahal. Saya pasti juga orang yang membeli barangan magic pada harga mahal sama sekali tidak akan membocorkan rahsia magic berkenaan kerana ia tidak berbaloi dengan wang yang dilaburkan.

Setiap trick magic pasti ada penciptanya, dan kita perlu menghormati penciptanya dan membeli ilmu magicnya pada harga yang berbaloi. Sekiranya barangan magic dijual pada harga yang murah, saya pasti semua rakyat Malaysia tahu membuat magic dan Magician di Malaysia pasti gulung tikar tidak boleh cari makan. Jadi ia sangat berbaloi barangan magic dijual pada harga mahal. Magic hanya boleh dimiliki oleh magician sejati. Magician sejati pasti sanggup membeli barangan magic pada harga mahal kerana untuk memiliki ilmu magic itu lebih penting berbanding harga magic berkenaan.

Namun tidak semua orang ingin belajar magic, sesetengah orang hanya gemar melihat magic dan sama sekali tidak ingin menahu rahsia magic tersebut. Ada juga orang sama sekali tidak suka akan magic dan menganggapnya magic sebagai satu aktiviti yang bodoh ( pesanan ini ditujukan kepada pengutuk-pengutuk magic di Malaysia) . Hanya golongan tertentu yang hanya ingin belajar magic. Macam blog magic saya ni juga, tidak semua rakyat Malaysia membaca dan tahu blog saya ini. Hanya yang berminat dengan magic dan ingin tahu perkembangan magic pasti melayari blog saya.

Golongan yang ingin belajar inilah yang sangat-sangat berharap barangan magic boleh dimiliki pada harga yang berpatutan termasuk saya. Ini disebabkan ada beberapa Kedai magic di Malaysia ini sangat tamak menjual harga barangan magic sehingga melampaui batas. Dalam erti kata lain "Cekik Darah". Bagi saya jual lah barangan magic tersebut pada harga yang berpatutan. Saya pasti golongan yang sangat-sangat ingin belajar magic adalah terdiri daripada pelajar sekolah, kolej dan Universiti. Golongan ini tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli barangan magic. Mereka terpaksa menabung, meminta wang dengan orang tua dan ada juga yang terpaksa menjual barangan mereka semata-mata untuk membeli barangan magic tersebut.

"Berputih Mata" itulah perkataan terakhir sekiranya gagal memiliki barangan magic tersebut. Bagi yang tegar ingin memiliki terpaksalah tunggu bertahun lamanya.

Kesimpulannya, barangan magic perlu dijual pada harga yang berpatutan. Ada barangan yang perlu dijual pada harga mahal dan ada juga barangan yang perlu dijual harga rendah. Namun sekiranya anda magician sejati anda tidak akan hiraukan harga barangan tersebut. Apa yang penting ilmu berkenaan berjaya dimiliki. Terima kasih kepada yang sudi mengundi dan menyokong magictawau. Meriahkan magic di Malaysia. Magicccc!!!!

Wednesday, November 4, 2009

Justin Chung meet me...


Semalam saya di datangi seorang lagi magician iaitu "Justin Chung". Beliau seorang magician yang sangat aktif di Kuala Lumpur, sering membuat persembahan magic sekitar Lembah Klang. Saya pun tak kenal dia juga..hahahahaha... Tapi yang saya kenal dia adalah rakan sekelas saya waktu sekolah menengah dahulu di SMK Kuhara Tawau.

Kami sama-sama terkejut yang kami adalah rakan sekelas. Saya lagi terkejut dia magician yang hebat di Kuala Lumpur. Oleh kerana kami sudah lama tidak berjumpa, sembang kami pun lama dan melalut hingga kesemua aspek. Masa disekolah dahulu dia diantara pelajar cina yang mudah dibawa bercerita, tapi disekolah dahulu tak la rapat sangat dengan dia.

Beliau salah seorang peserta Malaysia Magic Festival 2009 di Subang Parade. Beliau beraksi dalam close up magic, tapi beliau kalah dengan magician Filipina. Sekurang-kurangnya dia salah seorang peserta yang mewakili Malaysia. Itu sangat-sangat membanggakan bagi saya. Saya seperti biasa ingin melihat magic-magic yang hebat daripada beliau. Saya sangat terpukau kecepatan tangannya. Pengalaman dan pengaruhnya dalam magic sangat meluas. Saya sangat seronok dapat berkongsi cerita dengan beliau.

Saya harap beliau berjaya dalam bidang yang diceburi. Saya juga ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berjumpa dan bersembang dengan saya. Ada masa bawa-bawa lah saya perform magic ok.