Monday, November 23, 2009

Arcane Deck From Ellusionist


Saya baru sahaja memiliki "White Arcane Deck", saya beli di www.themagicstreet.com , Arcane Deck ini adalah deck keluaran terbaru Ellusionist. Saya terus terang, card ini memang cantik dan berkualiti tinggi. Kesenian dalam gambar pada kad-kad tersebut memukau saya untuk merenung setiap dari kad tersebut.

Saya terpegun dengan gambar yang terdapat pada kad JOKER. Inilah JOKER yang paling cute dan cantik yang pernah saya jumpai sebelum ini. Saya pilih warna putih kerana ia mudah untuk dipersembahkan kepada umum. Berbanding warna hitam, walaupun cantik tetapi bagi saya ia kurang sesuai untuk dibuat magic, mungkin magic yang tertentu sahaja.

Saya telah membuat beberapa rakaman magic menggunakan Arcane Deck ini di Kompleks Stadium Tawau. Saya ucapkan terima kasih kepada yang sudi melihat persembahan magic saya di kompleks tersebut. Walaupun ada segelintir yang masih tak paham akan persembahan magic.

Tidak ada masalah untuk membiasakan diri dengan Arcane deck ini, kelicinan card tersebut perlu dibiasakan ditangan kita. Saya tidak bermasalah dengan Deck ini. Saya rasa sayang juga deck ni dijadikan untuk persembahan magic....terlalu cantik!!!! Kepada yang belum memilikinya. saya sarankan anda untuk memiliki deck ini. Anda pasti berpuas hati memiliki Arcane Deck ini. Anda boleh lihat persembahan magic saya dengan Arcane Deck ini dalam channel youtube saya. Semoga terhibur....



1 comment:

packie said...

Arcane is one of the best deck i ever used!!!