Monday, November 9, 2009

Cyril : Simply Magic


Siapa tak kenal Cyril Takayama? Magician yang paling kreatif dan mengagumkan di dunia ini. Persembahannya memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Kini beliau akan muncul dalam channel AXN pada 19 November ini menerusi rancangan "Simply Magic". Saya tidak sabar untuk melihat rancangan ini minggu hadapan. Iklan rancangan Simply magic ni pun sudah cukup memukau.

Beliau seorang magician berbangsa Jepun-France. Beliau pernah muncul dalam rancangan T.H.E.M yang sangat popular di Amerika, Kehebatan beliau yang saya sangat kagum adalah persembahan magicnya. Cyril boleh jadikan magic mudah menjadi magic yang mantap. Dia selalu menggabungkan pelbagai magic menjadi satu persembahan yang sangat mengagumkan.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat rancangan terbaru beliau di channel AXN pada 19 November ini. Persembahan magicnya banyak memberi inspirasi, idea dan motivasi kepada saya untuk memperbaiki persemabahan magic saya. Satu hari nanti, saya pasti akan bersama-sama Cyril membuat persembahan magic. Ya saya pasti.....


1 comment:

say yes to apple said...

hmm....saya kagum dengan magic cyril takayama but apakah konsep yang digunakan oleh beliau? adakah ilmu sihir?? seperti magic show yng beliau persembahkan di japan 2 tahun lepas...seperti tidak masuk akal...poster iklan bugger, beliau boleh menjadikan nya seperti bugger yng sebenar...boleh saudara terang kan?