Wednesday, November 4, 2009

Justin Chung meet me...


Semalam saya di datangi seorang lagi magician iaitu "Justin Chung". Beliau seorang magician yang sangat aktif di Kuala Lumpur, sering membuat persembahan magic sekitar Lembah Klang. Saya pun tak kenal dia juga..hahahahaha... Tapi yang saya kenal dia adalah rakan sekelas saya waktu sekolah menengah dahulu di SMK Kuhara Tawau.

Kami sama-sama terkejut yang kami adalah rakan sekelas. Saya lagi terkejut dia magician yang hebat di Kuala Lumpur. Oleh kerana kami sudah lama tidak berjumpa, sembang kami pun lama dan melalut hingga kesemua aspek. Masa disekolah dahulu dia diantara pelajar cina yang mudah dibawa bercerita, tapi disekolah dahulu tak la rapat sangat dengan dia.

Beliau salah seorang peserta Malaysia Magic Festival 2009 di Subang Parade. Beliau beraksi dalam close up magic, tapi beliau kalah dengan magician Filipina. Sekurang-kurangnya dia salah seorang peserta yang mewakili Malaysia. Itu sangat-sangat membanggakan bagi saya. Saya seperti biasa ingin melihat magic-magic yang hebat daripada beliau. Saya sangat terpukau kecepatan tangannya. Pengalaman dan pengaruhnya dalam magic sangat meluas. Saya sangat seronok dapat berkongsi cerita dengan beliau.

Saya harap beliau berjaya dalam bidang yang diceburi. Saya juga ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berjumpa dan bersembang dengan saya. Ada masa bawa-bawa lah saya perform magic ok.

No comments: