Sunday, November 8, 2009

To Expensive.... (Result)


Gambar di atas adalah kenangan bersama-sama dengan anak murid nasyid saya. Kami meraihkan kemenangan tempat pertama dalam pertandingan nasyid peringkat daerah Klang.

Setelah seminggu lebih menjalankan undian terbuka, akhirnya saya dapat membuat beberapa kesimpulan melalui undian tersebut. 25% bersetuju menjual barangan magic pada harga yang mahal, aku pasti yang mengundi link ni mesti Tauke Kedai Magic. Manakala 75% memilih tidak bersetuju kerana ramai yang ingin belajar magic, saya pasti yang mengundi link ini adalah anda yang ingin belajar magic.

Bagi diri saya kedua-dua jawapan mempunyai alasan tersendiri. Barangan magic sangat mahal adalah perlu, ini disebabkan rahsia magic tersebut. Magician sejati tidak akan sesekali membocorkan magicnya kepada orang lain melainkan ada oarang sanggup membeli magic berkenaan pada harga yang mahal. Saya pasti juga orang yang membeli barangan magic pada harga mahal sama sekali tidak akan membocorkan rahsia magic berkenaan kerana ia tidak berbaloi dengan wang yang dilaburkan.

Setiap trick magic pasti ada penciptanya, dan kita perlu menghormati penciptanya dan membeli ilmu magicnya pada harga yang berbaloi. Sekiranya barangan magic dijual pada harga yang murah, saya pasti semua rakyat Malaysia tahu membuat magic dan Magician di Malaysia pasti gulung tikar tidak boleh cari makan. Jadi ia sangat berbaloi barangan magic dijual pada harga mahal. Magic hanya boleh dimiliki oleh magician sejati. Magician sejati pasti sanggup membeli barangan magic pada harga mahal kerana untuk memiliki ilmu magic itu lebih penting berbanding harga magic berkenaan.

Namun tidak semua orang ingin belajar magic, sesetengah orang hanya gemar melihat magic dan sama sekali tidak ingin menahu rahsia magic tersebut. Ada juga orang sama sekali tidak suka akan magic dan menganggapnya magic sebagai satu aktiviti yang bodoh ( pesanan ini ditujukan kepada pengutuk-pengutuk magic di Malaysia) . Hanya golongan tertentu yang hanya ingin belajar magic. Macam blog magic saya ni juga, tidak semua rakyat Malaysia membaca dan tahu blog saya ini. Hanya yang berminat dengan magic dan ingin tahu perkembangan magic pasti melayari blog saya.

Golongan yang ingin belajar inilah yang sangat-sangat berharap barangan magic boleh dimiliki pada harga yang berpatutan termasuk saya. Ini disebabkan ada beberapa Kedai magic di Malaysia ini sangat tamak menjual harga barangan magic sehingga melampaui batas. Dalam erti kata lain "Cekik Darah". Bagi saya jual lah barangan magic tersebut pada harga yang berpatutan. Saya pasti golongan yang sangat-sangat ingin belajar magic adalah terdiri daripada pelajar sekolah, kolej dan Universiti. Golongan ini tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli barangan magic. Mereka terpaksa menabung, meminta wang dengan orang tua dan ada juga yang terpaksa menjual barangan mereka semata-mata untuk membeli barangan magic tersebut.

"Berputih Mata" itulah perkataan terakhir sekiranya gagal memiliki barangan magic tersebut. Bagi yang tegar ingin memiliki terpaksalah tunggu bertahun lamanya.

Kesimpulannya, barangan magic perlu dijual pada harga yang berpatutan. Ada barangan yang perlu dijual pada harga mahal dan ada juga barangan yang perlu dijual harga rendah. Namun sekiranya anda magician sejati anda tidak akan hiraukan harga barangan tersebut. Apa yang penting ilmu berkenaan berjaya dimiliki. Terima kasih kepada yang sudi mengundi dan menyokong magictawau. Meriahkan magic di Malaysia. Magicccc!!!!

1 comment:

Anonymous said...

salam bro..
ini pendapat aku pulak, kalau nak murah, bikin sendiri la beb.
berkenaan pengutuk2 kau tu, lantak diaorg la. golongan ni mmg kuat bekerja. kerja dgn mulut la..
keep going bro, tuhan jadikan hambanya dgn kelebihan serta rezeki masing2.