Wednesday, December 30, 2009

Street Magic Competition FMS



Laman web fuyoomagicstation.com sedang mengadakan pertandingan street magic. Pertandingan ni terbuka kepada magician-magician di Malaysia. Mudah sahaja untuk sertai pertandingan ini. Rakamkan magic anda, buat suntingan kemudian upload dalam laman web fuyoomagicstation.com . Hadiah cukup lumayan kepada pemenang-pemenang pertandingan. Bukan setakat hadiah malah menjadi salah seorang Crew FMS. Jangan lepaskan peluang ini. Setidak-tidak pun tunjukkan bakat anda sebagai street magic magician, jangan simpan bakat anda di rumah hingga basi macam roti yang tidak dimakan seminggu. Tonjolkan bakat anda, meriahkan magic di Malaysia.

Berita baik, saya akan menyertai pertandingan street magic ini. Saya mahu bersama-sama rakan magician yang lain untuk menonjolkan bakat dan kehebatan dalam street magic. Pertandingan ini sekali gus dapat melihat sejauh mana kehebatan magician tersebut membentuk persembahan beliau hingga dikagumi oleh penonton-penontonnya. Cepat sertai pertandingan ini. tarikh tutup 3o Januari 2010.

Saya telah menghantar dua video street magic saya. untuk pertandingan tersebut Anda boleh lihat dalam channel youtube saya. Sila beri komen dan semoga terhibur.





No comments: