Monday, January 11, 2010

Comic alifstyle 24 Hours Non Stop


Saya pembaca komik tegar!




Untuk pengetahuan semua rakan saya alifstyle tengah mencipta rekod dunia membuat komik selama 24 jam tanpa henti bermula jam 12.00 pagi tadi hingga 12 tengah malam ini. Saya menganggap ini sebagai suatu keajaiban yang tidak semua orang sanggup buat. Tahniah untuk alifstyle atas komik 24 jam ini.

Komik beliau semua lawak-lawak....kalau orang Sabah sebut LUCU-LUCU Bah ni....Mari kita sama-sama menyokong beliau sehingga ke akhir masa tamat beliau melukis komik ini....CHAIYO CHAIYO ALIF....Hidup nama ALIF....

InsyaAllah alif....aku akan cuba buat Street Magic selama 24 Jam tanpa henti...Boleh ke? hahahahhahha...kalau magic semua boleh jadi...MAGICCCC!!!!

Friday, January 1, 2010

Tahun 2010 pasti meletup...


Tahun 2010 sudah tiba, memang cepat berlalu dan terlalu cepat sampai aku pun tak sedar. Mungkin banyak sangat aku buat magic tu sampai tak sedar. Apa-apa pun tahun 2010 pasti akan membuka lembaran baru sejarah magic baru. Aku yakin sesuatu yang meletup akan berlaku tahun 2010 ini.

Macam alifstyle kat blog dia, dia buat cabaran berani mati. Aku pun kena sahut cabarannya juga. Aku pastikan tahun 2010 ini tahun yang meletup bagi diriku. Tunggu saat itu, sesuatu yang ajaib pasti akan berlaku.

Ucapan terima kasih kepada pembaca setia blog saya, kamu yang membaca ni lah banyak membantu saya dalam bidang magic ini. Tidak lupa juga kepada pelanggan setia magictawaushop, saya pastikan bekalan barangan magic pasti yang hebat dan terbaik. Keluarga dan sahabat-sahabat ku, kamu penyeri hidup ku ini. Selamat tahun baru 2010. Nanti kejutan daripada MAGICTAWAU.....magicccc!!!!