Friday, January 1, 2010

Tahun 2010 pasti meletup...


Tahun 2010 sudah tiba, memang cepat berlalu dan terlalu cepat sampai aku pun tak sedar. Mungkin banyak sangat aku buat magic tu sampai tak sedar. Apa-apa pun tahun 2010 pasti akan membuka lembaran baru sejarah magic baru. Aku yakin sesuatu yang meletup akan berlaku tahun 2010 ini.

Macam alifstyle kat blog dia, dia buat cabaran berani mati. Aku pun kena sahut cabarannya juga. Aku pastikan tahun 2010 ini tahun yang meletup bagi diriku. Tunggu saat itu, sesuatu yang ajaib pasti akan berlaku.

Ucapan terima kasih kepada pembaca setia blog saya, kamu yang membaca ni lah banyak membantu saya dalam bidang magic ini. Tidak lupa juga kepada pelanggan setia magictawaushop, saya pastikan bekalan barangan magic pasti yang hebat dan terbaik. Keluarga dan sahabat-sahabat ku, kamu penyeri hidup ku ini. Selamat tahun baru 2010. Nanti kejutan daripada MAGICTAWAU.....magicccc!!!!

2 comments:

Razzi said...

ltak lar shoutbox kt blog awk ..
snang ckit bce reply dri planggan n pmbace ..

magictawau said...

bukan tak nak letak....shoutbox tempat org bergaduh je....dan tempat maki hamun....dah tiga kali aku letak shoutbox...tetap juga begitu...tak tahan bro...