Wednesday, February 24, 2010

My Own Tv Magic Program


Beberapa minggu yang lalu, saya telah berbincang dengan seorang penerbit sebuah rancangan tv untuk menerbitkan sebuah rancangan magic. Saya amat gembira dengan perancangan untuk menerbitkan rancangan tv magic sendiri. Sememangnya impian seorang magician mempunyai rancangan program tv magic tersendiri. Namun proses pembikinan program magic tersebut tidak semudah yang disangka, ia tidak mudah seperti yang aku selalu upload dalam youtube (rakam, edit dan upload). Pelbagai prosedur yang perlu dilalui untuk menerbitkan sesebuah rancangan magic.Ini bermaksud ia mengambil masa yang agak lama bagi sebuah terbitan rancangan tv.

Namun bagi saya ini adalah impian yang sangat saya nantikan. Saya boleh katakan ini sebagai "mimpi menjadi kenyataan". Bukan setakat saya sahaja yang gembira dengan berita ini, Malah penonton setia video magic saya juga turut menantikan program magic tv saya ini. Kini penonton setia video magic saya boleh melihat saya terus secara langsung di televisyen. Mungkin untuk terbitan pertama ini, ia hanya untuk pasaran Malaysia sahaja. Sekiranya permintaan dari negara jiran amat menggalakkan ia akan diperluaskan pasarannya ke Singapura, Indonesia dan Brunie.



Oleh itu, saya mengharapkan kepada penyokong, peminat, pembaca dan semua yang tidak putus-putus menyokong karier saya sebagai magician, untuk membantu saya memudahkan dan mempercepatkan lagi terbitan rancangan magic saya ini. Ini kerana dengan sokongan anda semua amat penting bagi saya. Anda boleh membantu saya dengan memberi kata semangat, pesanan ringkas, kad ucapan, video ucapan atau apa sahaja yang menyatakan sokongan anda untuk terbitan rancangan magic saya ini. Anda boleh hantarkan sokongan anda di laman berikut:

  1. magictawau@yahoo.com
  2. www.youtube.com/alifkelana
  3. www.magictawau.blogspot.com
  4. www.fuyoomagicstation.com
Sekali lagi saya ingin katakan sokongan daripada anda semua amat penting bagi saya untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi penerbitan rancangan magic saya. Terima kasih untuk semua yang terus menyokong kerjaya saya sebagai magician. Jadikan ia realiti itulah magicccc!!!



Sunday, February 21, 2010

Arcane contest 2010


Hari ni aku berjaya membawa kumpulan nasyid aku menjadi naib johan dalam pertandingan nasyid peringkat zon bandar utara daerah Tawau. Nasyid diantara bidang yang paling aku minati sebelum mengenali magic. Namun, kemenangan nasyid ini adalah yang pertama bagi sekolah aku dan kemenangan pertama selepas aku pindah dari Klang Selangor.

Naib johan sudah memadai bagi aku. Aku pun tak mengharap sangat dapat nombor dalam pertandingan nasyid ini. Apa yang penting penyertaan dalam pertandingan tersebut, kalah atau menang belakang cerita. Nampaknya tahun ni, tahun naib juara je aku dapat, FMS street Magic dapat naib juara, nasyid pun naib juara. hahahahahaha...
Sekali lagi aku menyertai satu lagi pertandingan magic anjuran Ellusionist iaitu "Arcane Contest". Memandangkan aku sudah membeli Arcane deck ini dengan harga yang mahal. Aku pun menyertai pertandingan ini. Seperti nasyid juga, apa yang penting penyertaan dalam pertandingan tersebut. Kalah atau menang belakang cerita. Rakaman daripada sambutan hari jadi Aieman aku edit dan hantar ke Ellusionist.

Sekiranya aku menang pertandingan ni.....sekiranya la....sekiranya la kan...aku dapat limited Golden Arcane Deck. Apa lagi belasah je la. Ini peluang aku tunjukkan magic aku kepada dunia. Dapat naib johan pun boleh juga....pokoknya penyertaan hahahahahhahha. sila link laman di ellusionist untuk lihat video penyertaan saya. Terima kasih..

http://forums.ellusionist.com/showthread.php?88782-Arcane-Contest

Monday, February 15, 2010

Birthday Performance



Hari ini saya telah dijemput oleh Guru Penolong Kanan saya untuk membuat persembahan magic sempena hari lahir anak beliau. Saya berbesar hati untuk membuat persembahan pada hari tersebut. Ini peluang saya untuk mencuba magic yang baru saya pelajari dan saya ingin menguji sejauh mana keyakinan dan keberanian saya membuat persembahan dihadapan ramai orang.

Persembahan magic tersebut akan diadakan disebelah malam. Ini bermaksud sambutan hari jadi anak beliau dilansungkan siang dan malam. Waduh, waduh kalah orang kahwin. Mesti belanja besar beliau kita ni. Maklumlah anak beliau tu satu-satunya anak tunggal. Apa-apa pun saya akan buat persembahan yang terbaik untuk En. Rosli dan anak lelakinya Aieman....Aieman tak kisah!!!

Sunday, February 7, 2010

Oi! Oi! Art at I. P.G.M Kampus Tawau


Letih, penat dan seronok. Itu yang saya alami semalam bersama pelatih-pelatih guru di Institut Perguruan Malaysia Kampus Tawau. Saya telah dijemput oleh rakan magic saya Madxx Bexter untuk memeriahkan majlis mereka iaitu "Oi Oi Art". Majlis tersebut memang menyeronokkan pelbagai aktiviti yang dijalankan temasuklah persembahan magic. Dari mula saya datang ke meja berkenaan sehingga tamat majlis tersebut tidak putus-putus kunjungan orang ramai.

Saya seronok dapat bersama-sama rakan magician dari kampus tersebut untuk mempersembahkan magic bersama-sama. Masing-masing menunjukkan kebolehan magic. Ramai yang terhibur dengan persembahan kami, respon daripada mereka sangat menggalakkan. Ia sedikit sebanyak membantu kami untuk bersemangat mempersembahkan pelbagai magic yang lain.
Ada beberapa orang budak sekolah menengah cuba menjadi pengacau dalam persembahan kami. Namun pengalaman mengatasi segalanya, segala taktik mereka cuba membocorkan rahsia kami tidak dapat dilakukan. Malah mereka yang terkebil-kebil melihat magic kami. Ada juga pensyarah yang tidak habis-habis menyuruh saya mengulang magic yang dilakukan. Melihat muka mereka terhibur sangat menghiburkan saya. Bukan itu sahaja ada juga yang tidak berganjak dari meja kami hingga aku keletihan melayan karenah mereka. Namun sebagai penghibur, saya akan membuat yang terbaik untuk mereka.

Saya mengucapkan terima ksih untuk Madxx dan rakan-rakannya atas jemputan dimajlis tersebut. sedikit sebanyak dapat memperbaiki magic yang lama saya tidak lakukan. Harap dimasa akan datang akan ad majlis sedemikian usaha kamu ini akan menaikkan profesion magic di Malaysia. Tahniah!!! itulah dikatakan sebagai MAGICCC!!!

Saturday, February 6, 2010

Second Place FMS Street Magic Competition


Akhirnya keputusan pertandingan telah pun diputuskan. Saya telah mendapat tempat yang kedua dalam pertandingan tersebut. Tahniah saya ucapkan untuk rakan magic saya BONCOI. Magic yang beliau persembahkan memang cukup memukau. Camera dan editing video juga sangat menarik. Tidak mustahil beliau ditabalkan sebagai juara pertandingan tersebut.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Urusetia FMS dan Shahril Fuyoo Magic kerana berjaya menganjurkan pertandingan seperti ini. Secara tidak langsung dapat mencungkil bakat magician yang ada di Malaysia ini. Jesteru itu, dapat mengeratkan lagi hubungan antara magician walaupun berjauhan tempat.

FMS kini menjadi station utama magician di Malaysia untuk berkumpul, bersatu dan dapat memartabatkan profesion magic di Malaysia. Tahniah untuk FMS. Saya berharap pertandingan sebegini dapat diteruskan lagi. Untuk memberi semangat kepada magician yang lain untuk maju ke hadapan. Tidak sabar menanti Fuyoo Magic Musim Ke Tiga.