Wednesday, February 24, 2010

My Own Tv Magic Program


Beberapa minggu yang lalu, saya telah berbincang dengan seorang penerbit sebuah rancangan tv untuk menerbitkan sebuah rancangan magic. Saya amat gembira dengan perancangan untuk menerbitkan rancangan tv magic sendiri. Sememangnya impian seorang magician mempunyai rancangan program tv magic tersendiri. Namun proses pembikinan program magic tersebut tidak semudah yang disangka, ia tidak mudah seperti yang aku selalu upload dalam youtube (rakam, edit dan upload). Pelbagai prosedur yang perlu dilalui untuk menerbitkan sesebuah rancangan magic.Ini bermaksud ia mengambil masa yang agak lama bagi sebuah terbitan rancangan tv.

Namun bagi saya ini adalah impian yang sangat saya nantikan. Saya boleh katakan ini sebagai "mimpi menjadi kenyataan". Bukan setakat saya sahaja yang gembira dengan berita ini, Malah penonton setia video magic saya juga turut menantikan program magic tv saya ini. Kini penonton setia video magic saya boleh melihat saya terus secara langsung di televisyen. Mungkin untuk terbitan pertama ini, ia hanya untuk pasaran Malaysia sahaja. Sekiranya permintaan dari negara jiran amat menggalakkan ia akan diperluaskan pasarannya ke Singapura, Indonesia dan Brunie.



Oleh itu, saya mengharapkan kepada penyokong, peminat, pembaca dan semua yang tidak putus-putus menyokong karier saya sebagai magician, untuk membantu saya memudahkan dan mempercepatkan lagi terbitan rancangan magic saya ini. Ini kerana dengan sokongan anda semua amat penting bagi saya. Anda boleh membantu saya dengan memberi kata semangat, pesanan ringkas, kad ucapan, video ucapan atau apa sahaja yang menyatakan sokongan anda untuk terbitan rancangan magic saya ini. Anda boleh hantarkan sokongan anda di laman berikut:

  1. magictawau@yahoo.com
  2. www.youtube.com/alifkelana
  3. www.magictawau.blogspot.com
  4. www.fuyoomagicstation.com
Sekali lagi saya ingin katakan sokongan daripada anda semua amat penting bagi saya untuk memudahkan dan mempercepatkan lagi penerbitan rancangan magic saya. Terima kasih untuk semua yang terus menyokong kerjaya saya sebagai magician. Jadikan ia realiti itulah magicccc!!!



4 comments:

madxx said...

saudara magictawau..

sememamngnya saudara magic tawau layak untuk mendapat peluang untuk ditayangkan di televisyen..

Persembahan magictawau mmg menghiburkan dan saya menyokong sepenuhnya program saudara magic tawau dan mewarnai arena magic di malaysia khususnya..

Maaagiccc!!

diwantaraanugrahputra said...

Saya senantiasa menyokong bang ALif! Ayo maju terus bang Alif! terbitkan acara TV nya! Kami dari Indonesia menyokong dan menunggu! :D

Anonymous said...

wahhhhhhhh!!! famouse la abg nie...wakaka...tahniah...jgn lupa kami ya.!!!!!!!!!! huhu...ebat la uda dya..msuk tv tue...ebat2...mmg ptut abg msuk tv...

Razzi said...

awk mmg bgoz dlm magic & smemamg nye awk ptot ade rncngan magic awk sndiri .. jgn lupe lawat kdai magic sye .. http://razzi-magic.tk