Saturday, March 6, 2010

Hari Jadi lagi....


Nampaknya keseronokan membuat persembahan untuk hari jadi lebih hebat berbanding street magic. Kepuasan penonton lebih teserlah berbanding dengan magic jalanan. Mungkin kerana minda mereka sudah bersedia untuk menerima persembahan magic berbanding street magic yang membawa persembahan secara spontan.

Saya boleh membuat kesimpulan bahawa persembahan untuk hari jadi lebih senang berbanding persembahan secara street magic. Tetapi dari segi kos barangan dan persediaan, street magic dilihat lagi murah berbanding hari jadi yang memerlukan barangan magic yang mahal.

Persembahan hari jadi Aiman dan safwan saya jadikan sebagai pentas latihan saya untuk persembahan magic yang akan datang dan untuk memperbaiki mutu persembahan saya. seronok , gembira dan senang hati melihat orang ramai terhibur. Itu adalah matlamat saya. magic

No comments: