Friday, April 30, 2010

Magictawau Corner Part 2

Respon dari pengunjung bagi kami adalah keajaiban bagi kami. tanpa pengunjung tidak beerti kedai kami ini.
Pengunjung yang datang ke meja kami sangat terhibur dengan persembahan kami. Tidak mustahil barangan magic kami mendapat sambutan.

Perancangan yang bijak akan menghasilkan magic yang hebta. Itulah rakan-rakan saya yang sedang lakukan.

Along juga turut menunjukkan kehebatannya dalam permainan card. Sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan. Namun ia mudah bagi magician bernama Along.

Persembahan Flourish card oleh Irfan memeriahkan lagi suasana magic di tempat tersebut. Irfan merupakan magician berasal dari Sandakan.

Magic floating yang Arman persembahkan menarik perhatian pengunjung untuk melihat persembahan kami. Caya sama lu Arman.

Hari: Ahad
Tarikh: 02 Mei 2010
Tempat: Sabindo Plaza
Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 ptg

Ini gambar terbaru saya dan rakan-rakan di magictawau corner baru-baru ini. Sungguh meriha dan menghiburkan. Jualan pun agak memberansangkan. Beberapa barangan kehabisan stok. Untung pun banyak juga. Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya..banyak kenangan yang tidak dilupakan sepanjang sehari suntuk di tempat tersebut.


Wednesday, April 21, 2010

MAGIC EXTRAVAGANZA 2010


Satu pengunguman yang penting aku ingin sebarkan. Setelah berfikir panjang dan merenung kebolehan diri. Aku dengan penuh yakin dan konfiden akan menyertai pertandingan ini. Inilah peluang aku untuk menunjukkan kebolehan mempersembahkan magic diperingkat antarabangsa.

Walaupun rasa diri ini belum bersedia, namun semangat aku mengatasi segalanya. Aku mesti katakan diriku aku boleh lakukan. Peluang sudah terhidang di depan mata, maka sambar dan tangkaplah ia.
Mula saat ini aku akan berlatih untuk membuat persembahan yang terbaik dipertandingan itu. Untuk makluman saya mengambil bahagian dalam Close Up Competition. Jadi kepada rakan-rakan magic disemenanjung nantikan aku di sana.


Update 26 April 2010
Saya baru sahaja siapkan routine magic yang bakal saya persembahkan. Untuk memenangi pertandingan berkenaan mestilah menggunakan routine magic sendiri. Music dan suara saya sudah record. Hanya perlu sekarang ini latihan yang mencukupi......

Update 06 Mei 2010
Murid sekolah aku jadikan ujian untuk persembahan magic aku . Masih banyak kelemahan perlu diperbaiki. Lakonan perlu lebih hidup lagi. Namun murid tetap kagum dengan persembahan magicku.


Saturday, April 17, 2010

Magictawau Corner




Akhirnya, saya berjaya membuka lembaran baru dalam dunia magic saya. Magictawau corner mendapat sambutan dari segi penonton dan reaksi. Dari segi jualan, kurang meberansangkan. Mungkin ini kali pertama di tawau ini membuat jualan barangan magic secara terbuka. Penerimaan terhadap barangan magic masih berkurangan. Namun kepuasan sepanjang saya dan berada di situ sangat seronok. banyak cerita yang ingin saya kongsikan.
Saya berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan magic saya yang banyak membantu saya dari awal hingga akhir iaitu saudara Arman. Beliau banyak memberi motivasi dan dorongan kepada saya. Semangat beliau sangat saya kagumi. Tanpa beliau mungkin "magictawau corner " ini tidak wujud. Terima kasih yang tidak terhingga untuk Arman. Saya berbangga dapat rakan magician macam awak.
Tidak dilupakan kepada rakan magician yang lain iaitu Along, Madxx, Danny, Lawi, Hafiz dan beberapa orang lagi. Kedatangan kamu dalam program tersebut membantu kemeriahan suasana magic di situ. Semua magician masing-masing menunjukkan kehebatan. Tidak kurang juga berkesempatan untuk berkongsi magic tricks.Manakala sambutan daripada penonton yang hadir sangat menggalakan. Walaupun jualan tidak beberapa baik namun, reaksi dan raut wajah mereka menunjukkan betapa kagumnya mereka melihat silap mata kami. Ada juga beberapa yang cuba menjadi pengacau, namun kami menepisnya dengan profesional. Rakan-rakan facebook, youtube dan FMS juaga turut hadir. Saya juga sangat berterima kasih kepada Abang berbangsa india, saya lupa untuk bertanyakan namanya. Walaupun dia tidak membeli jualan kami, sokongannya sangat mengagumkan. Dia membelanja kami minum. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Abang berbangsa India.
Ini adalah permulaan, banyak kelemahan perlu diperbaiki. Akan datang saya akan buat yang lebih terbaik. Banyak yang saya belajar dariapa semua ini. Kini magic mula diterima oleh rakyat di daerah Tawau. Saya pasti usaha ini pasti akan berjaya dimasa akan datang. Terima kasih atas sokongan anda semua.



Thursday, April 8, 2010

New Product Open Now


Produk terbaru daripada magictawaushop pasti menngempakkan dunia magic anda. Milikinya sekarang sementara stok masih ada.

1. Window-RM100
2.Cups And Balls- RM20
3. Dice Illusion - RM100
4.Lightning (Set)- RMRM120
5.SAS- RM60
6.The Cream Bands - RM70
7.The web - RM30