Wednesday, April 21, 2010

MAGIC EXTRAVAGANZA 2010


Satu pengunguman yang penting aku ingin sebarkan. Setelah berfikir panjang dan merenung kebolehan diri. Aku dengan penuh yakin dan konfiden akan menyertai pertandingan ini. Inilah peluang aku untuk menunjukkan kebolehan mempersembahkan magic diperingkat antarabangsa.

Walaupun rasa diri ini belum bersedia, namun semangat aku mengatasi segalanya. Aku mesti katakan diriku aku boleh lakukan. Peluang sudah terhidang di depan mata, maka sambar dan tangkaplah ia.
Mula saat ini aku akan berlatih untuk membuat persembahan yang terbaik dipertandingan itu. Untuk makluman saya mengambil bahagian dalam Close Up Competition. Jadi kepada rakan-rakan magic disemenanjung nantikan aku di sana.


Update 26 April 2010
Saya baru sahaja siapkan routine magic yang bakal saya persembahkan. Untuk memenangi pertandingan berkenaan mestilah menggunakan routine magic sendiri. Music dan suara saya sudah record. Hanya perlu sekarang ini latihan yang mencukupi......

Update 06 Mei 2010
Murid sekolah aku jadikan ujian untuk persembahan magic aku . Masih banyak kelemahan perlu diperbaiki. Lakonan perlu lebih hidup lagi. Namun murid tetap kagum dengan persembahan magicku.


1 comment:

Mr Lonely said...

nice blog.. have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.blogspot.com .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...