Saturday, April 17, 2010

Magictawau Corner




Akhirnya, saya berjaya membuka lembaran baru dalam dunia magic saya. Magictawau corner mendapat sambutan dari segi penonton dan reaksi. Dari segi jualan, kurang meberansangkan. Mungkin ini kali pertama di tawau ini membuat jualan barangan magic secara terbuka. Penerimaan terhadap barangan magic masih berkurangan. Namun kepuasan sepanjang saya dan berada di situ sangat seronok. banyak cerita yang ingin saya kongsikan.
Saya berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan magic saya yang banyak membantu saya dari awal hingga akhir iaitu saudara Arman. Beliau banyak memberi motivasi dan dorongan kepada saya. Semangat beliau sangat saya kagumi. Tanpa beliau mungkin "magictawau corner " ini tidak wujud. Terima kasih yang tidak terhingga untuk Arman. Saya berbangga dapat rakan magician macam awak.
Tidak dilupakan kepada rakan magician yang lain iaitu Along, Madxx, Danny, Lawi, Hafiz dan beberapa orang lagi. Kedatangan kamu dalam program tersebut membantu kemeriahan suasana magic di situ. Semua magician masing-masing menunjukkan kehebatan. Tidak kurang juga berkesempatan untuk berkongsi magic tricks.Manakala sambutan daripada penonton yang hadir sangat menggalakan. Walaupun jualan tidak beberapa baik namun, reaksi dan raut wajah mereka menunjukkan betapa kagumnya mereka melihat silap mata kami. Ada juga beberapa yang cuba menjadi pengacau, namun kami menepisnya dengan profesional. Rakan-rakan facebook, youtube dan FMS juaga turut hadir. Saya juga sangat berterima kasih kepada Abang berbangsa india, saya lupa untuk bertanyakan namanya. Walaupun dia tidak membeli jualan kami, sokongannya sangat mengagumkan. Dia membelanja kami minum. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Abang berbangsa India.
Ini adalah permulaan, banyak kelemahan perlu diperbaiki. Akan datang saya akan buat yang lebih terbaik. Banyak yang saya belajar dariapa semua ini. Kini magic mula diterima oleh rakyat di daerah Tawau. Saya pasti usaha ini pasti akan berjaya dimasa akan datang. Terima kasih atas sokongan anda semua.



No comments: