Sunday, June 27, 2010

Kelemahan Hantu Silap mata


Alif Firdaus Aziz atau dikenali sebagai Hantu Silap Mata, salah seorang rakan magician yang sempat saya ketemui pada festival magic yang lalu. Beliau seorang yang sempoi dan kelakar. Beliau seorang penulis novel, pelukis komik dan pelakon youtube. Antara karya beliau seperti novel Hantu Silap Mata, komik beliau Orang Kuat dan komik beliau juga sering keluar di akhbar paling femes di Malaysia iaitu The STAR setiap hari ahad.

Beliau juga sempat merakamkan video untuk saya dilaman youtube beliau. Memang kelakar gila. Untuk membalas jasa video beliau. Saya telah membuat satu video yang khas untuknya. Diharap Alif tak marah. Video saya ini dibantu oleh pelakon KAPPOWW (Henzi Andalas Nusantara).....Ok terima kasih ALif Firdaus Aziz.

Thursday, June 24, 2010

Magictawau bersama AMAR...


Siapa yang tak kenal AMAR? penyaynyi nasyid yang tersohor di Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau juga seorang Pakar Motivasi, Komposer, Karikatur, ahli silap mata dan yang saya sangat kagumi adalah kerjaya Peguam beliau. Amar mempunyai pelbagai kelebihan yang dimiliki. Tidak hairan saya boleh akui beliau sebagai IKON kepada golongan remaja masa kini.

Saya telah berkunjung ke rumah AMAR pada hari jumaat yang lalu. Saya telah ditemani oleh rakan beliau iaitu Ismail dan Solah. Semasa saya bersekolah menengah, lagu-lagu nasyid AMAR sering menjadi pilihan saya untuk dibawa ke atas pentas. Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau daripada dahulu hingga sekarang. Saya tidak menyangka beliau sudi untuk berjumpa dengan saya. Semuanya atas dasar MAGIC. Melalui magic saya dapat berkawan dengan AMAR.

Saya, Ismail dan Solah dihidangkan SATE oleh beliau. Sungguh sedap dan enak. Beliau seorang yang bersederhana, walaupun diluar dilihat seperti seorang yang pendiam tapi sebenarnya beliau mudah didekati. Banyak topik yang kami ceritakan daripada magic hingga ke nasyid. Paling seronok saya dapat menyanyi secara langsung lagu SAHABAT diringi kibod yang dimainkan oleh AMAR sendiri, bangganya diri ini. Walaupun salah lirik dan kod lagu tapi saya tetap terhibur.

Mudah-mudahan lagu sahabat tersebut menjadi permulaan sahabat saya dengan AMAR. Sekiranya saudara AMAR membaca blog saya ini, saya ucapkan terima kasih. InsyaAllah, saya akan cuba membawa AMAR ke bumi Tawau juga. terima kasih banyak-banyak untuk AMAR.

Wednesday, June 23, 2010

Terima Kasih Semua...





Sepanjang hidup saya menjadi ahli silap mata, inilah kenangan yang paling manis pernah aku alami. Aku terlalu gembira, seronok dan teruja atas sokongan rakan-rakan magician terutama yang berada di semenanjung. Walaupun diri ini tidak memenangi apa-apa kemenangan namun pengalaman bersama selama 4 hari bersama rakan-rakan di sana sangat berharga bagi aku.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan magic, untuk Ali Magicfinger terima kasih atas kenderaan yang ditumpang dan bawa lepak sampai kepala naik pening. Juga kepada Shahril Fuyoo Magic atas idea, sokongan dan perkongsian pengalaman magic, Untuk Mail pula walaupun ko artis Infiniti sanggup juga membawa aku berjumpa dengan AMAR hingga lewat pagi, siap nyanyi lagi tu dengan AMAR...hahahahahha...AFIQ terima kasih bawa jalan-jalan di DANAU DESA...siap ada orang jerit nama ku di situ....femes juga aku di KL ni...Alpian yang sanggup datang dari Kota Kinabalu semata-mata ingin menyokong saya, terima kasih tidak terhingga....Alif Firdaus Aziz memang sempoi dapat berjumpa dan lepak dengan ko....tak kering gusi dibuatnya...rakan-rakan magic yang lain... Tera, Suhaimi, Amil, Boncoi, Ibrahim, Fendi, Shahrizal, Solah, Henzi Andalas, Eric, sapa lagi ya....semua rakan-rakan yang dapat bersama-sama saya...sori tak dapat tulis nama kamu semua....terlalu ramai...hehehehehehe

Tidak lupa kepada best friend saya Cikgu Syed......cepat2 kahwin ok.. sekali lagi untuk semua TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...inilah dikatakan sebagaiiiii MAGICCCC!!!

Friday, June 4, 2010

Magictawau Corner Part 5







Video Street magic kami pada hari tersebut.....




Hari:Sabtu dan Ahad
Tarikh: 05 dan 06 Jun 2010
Tempat: Sabindo Plaza
Masa: 9.00 pagi hingga 3.00 ptg

Semua rakyat di dunia ini dijemput datang...ayuh magic...

Tuesday, June 1, 2010

MR.CK with magictawau team


Mr.CK seorang mentalism magic yang femes di Malaysia telah berkunjung ke daerah bertuah Tawau. Beliau ke Tawau atas urusan perniagaan beliau. Saya dan rakan-rakan sempat berjumpa dengan beliau di Dynasty Hotel sekitar 9.00 malam.


Bercerita dengan beliau sangat seronok dan gembira. Pengalaman beliau dalam bidang magic sangat banyak dan jauh daripada kami. Tips dan nasihat yang diberi banyak membuka minda saya tentang ilmu magic lagi. Malah beliau turut mempersembahkan beberapa ilmu mentalism kepada kami. Sangat seronok dan terhibur dengan persembahan beliau. Lagi seronok, apabila beliau berkongsi ilmu mentalism tersebut dengan kami. Bersemangat rakan-rakan saya menuntut ilmu dengannya. Ilmu yang diberikan sangat bermakna bagi kami. Saya dan rakan-rakan akan menghargainya buat selama-lamanya.

Untuk pengetahuan semua beliau sering muncul di TV seperti Malaysia Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, juga sering muncul di dada akhbar seperti Berita Harian, Metro dan banyak lagi. Saya sangat berterima kasih kepada Mr.Ck kerana sudi berjumpa dan berkongsi ilmu dengan kami. Saya sangat menghormati beliau. Kata-kata yang diberikan keapada saya menjadi inspirasi untuk saya bergerak lebih kehadapan. Terima kasih Mr.CK, awak mentalism magic yang terhebat di Malaysia.