Thursday, June 24, 2010

Magictawau bersama AMAR...


Siapa yang tak kenal AMAR? penyaynyi nasyid yang tersohor di Malaysia. Bukan itu sahaja, beliau juga seorang Pakar Motivasi, Komposer, Karikatur, ahli silap mata dan yang saya sangat kagumi adalah kerjaya Peguam beliau. Amar mempunyai pelbagai kelebihan yang dimiliki. Tidak hairan saya boleh akui beliau sebagai IKON kepada golongan remaja masa kini.

Saya telah berkunjung ke rumah AMAR pada hari jumaat yang lalu. Saya telah ditemani oleh rakan beliau iaitu Ismail dan Solah. Semasa saya bersekolah menengah, lagu-lagu nasyid AMAR sering menjadi pilihan saya untuk dibawa ke atas pentas. Saya sentiasa mengikuti perkembangan beliau daripada dahulu hingga sekarang. Saya tidak menyangka beliau sudi untuk berjumpa dengan saya. Semuanya atas dasar MAGIC. Melalui magic saya dapat berkawan dengan AMAR.

Saya, Ismail dan Solah dihidangkan SATE oleh beliau. Sungguh sedap dan enak. Beliau seorang yang bersederhana, walaupun diluar dilihat seperti seorang yang pendiam tapi sebenarnya beliau mudah didekati. Banyak topik yang kami ceritakan daripada magic hingga ke nasyid. Paling seronok saya dapat menyanyi secara langsung lagu SAHABAT diringi kibod yang dimainkan oleh AMAR sendiri, bangganya diri ini. Walaupun salah lirik dan kod lagu tapi saya tetap terhibur.

Mudah-mudahan lagu sahabat tersebut menjadi permulaan sahabat saya dengan AMAR. Sekiranya saudara AMAR membaca blog saya ini, saya ucapkan terima kasih. InsyaAllah, saya akan cuba membawa AMAR ke bumi Tawau juga. terima kasih banyak-banyak untuk AMAR.

No comments: