Tuesday, June 1, 2010

MR.CK with magictawau team


Mr.CK seorang mentalism magic yang femes di Malaysia telah berkunjung ke daerah bertuah Tawau. Beliau ke Tawau atas urusan perniagaan beliau. Saya dan rakan-rakan sempat berjumpa dengan beliau di Dynasty Hotel sekitar 9.00 malam.


Bercerita dengan beliau sangat seronok dan gembira. Pengalaman beliau dalam bidang magic sangat banyak dan jauh daripada kami. Tips dan nasihat yang diberi banyak membuka minda saya tentang ilmu magic lagi. Malah beliau turut mempersembahkan beberapa ilmu mentalism kepada kami. Sangat seronok dan terhibur dengan persembahan beliau. Lagi seronok, apabila beliau berkongsi ilmu mentalism tersebut dengan kami. Bersemangat rakan-rakan saya menuntut ilmu dengannya. Ilmu yang diberikan sangat bermakna bagi kami. Saya dan rakan-rakan akan menghargainya buat selama-lamanya.

Untuk pengetahuan semua beliau sering muncul di TV seperti Malaysia Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, juga sering muncul di dada akhbar seperti Berita Harian, Metro dan banyak lagi. Saya sangat berterima kasih kepada Mr.Ck kerana sudi berjumpa dan berkongsi ilmu dengan kami. Saya sangat menghormati beliau. Kata-kata yang diberikan keapada saya menjadi inspirasi untuk saya bergerak lebih kehadapan. Terima kasih Mr.CK, awak mentalism magic yang terhebat di Malaysia.

No comments: