Wednesday, June 23, 2010

Terima Kasih Semua...





Sepanjang hidup saya menjadi ahli silap mata, inilah kenangan yang paling manis pernah aku alami. Aku terlalu gembira, seronok dan teruja atas sokongan rakan-rakan magician terutama yang berada di semenanjung. Walaupun diri ini tidak memenangi apa-apa kemenangan namun pengalaman bersama selama 4 hari bersama rakan-rakan di sana sangat berharga bagi aku.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan magic, untuk Ali Magicfinger terima kasih atas kenderaan yang ditumpang dan bawa lepak sampai kepala naik pening. Juga kepada Shahril Fuyoo Magic atas idea, sokongan dan perkongsian pengalaman magic, Untuk Mail pula walaupun ko artis Infiniti sanggup juga membawa aku berjumpa dengan AMAR hingga lewat pagi, siap nyanyi lagi tu dengan AMAR...hahahahahha...AFIQ terima kasih bawa jalan-jalan di DANAU DESA...siap ada orang jerit nama ku di situ....femes juga aku di KL ni...Alpian yang sanggup datang dari Kota Kinabalu semata-mata ingin menyokong saya, terima kasih tidak terhingga....Alif Firdaus Aziz memang sempoi dapat berjumpa dan lepak dengan ko....tak kering gusi dibuatnya...rakan-rakan magic yang lain... Tera, Suhaimi, Amil, Boncoi, Ibrahim, Fendi, Shahrizal, Solah, Henzi Andalas, Eric, sapa lagi ya....semua rakan-rakan yang dapat bersama-sama saya...sori tak dapat tulis nama kamu semua....terlalu ramai...hehehehehehe

Tidak lupa kepada best friend saya Cikgu Syed......cepat2 kahwin ok.. sekali lagi untuk semua TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...inilah dikatakan sebagaiiiii MAGICCCC!!!

No comments: