Tuesday, July 20, 2010

Last Episode and my new magic trick "PANAZ"



Di sini saya ingin mengumumkan bahawa, Street Magictawau 2010 akan berhenti sehingga episod 12 sahaja. Saya ingin tumpukan perniagaan magictawaushop.com saya. Mungkin video selepas ini banyak berkaitan dengan magictawaushop.com. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian anda menonton sehingga episode 12. Semoga kita dapat berjumpa di episodeyang lain lagi. Terima kasih banyak-banyak kepada yang menyokong.

Dalam episod 12 ini saya telah meletakkan magic ciptaan saya sendiri yang digelar "PANAZ". Saya telah menghantar video ini ke ellusionist.com dan theory11.com. Kedua-dua syarikat magic ini memberi respon yang baik. Dan White dari theory11.com berminat dengan magic saya ini. Beliau telah menghantar email kepada saya:



I like this trick very much. Does it use any form of ******* ******? and does the coin have to be made of ********?

Thanks

Dan White


Beliau sangat berminat dengan magic yang saya reka ini. Namun masih mempertimbangkan untuk dipasarkan dipasaran magic. Saya tidak kisah sama ada magic saya ini diterima atau tidak. Apa yang penting magic saya mendapat perhatian daripada Dan White. Untuk pengetahuan anda Dan White adalah Consultants Magic For David Blaine. Beliau merupakan penasihat magic kepada David Blaine. Memadai beliau minat dengan magic ciptaan saya sendiri itu sudah cukup membanggakan. Apa-apa pun terima kasih kepada semua rakan dan peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya. MAGICCCC!!!

No comments: