Sunday, September 19, 2010

Kelas Silap Mata & Persembahan Silap Mata



Akhirnya impian aku membawa Shahril Fuyoo Magic dan Ali Magicfinger ke Tawau menjadi kenyataan. Dua magician terhebat di Malaysia akan bergabung mengadakan kelas silap mata dan Persembahannya di Tawau. Terima kasih tidak terhingga untuk Shahril dan Ali atas kesudian menerima jemputan saya ke bumi Tawau ini. Saya mengambil kesempatan untuk menganjurkan kelas silap mata dan persembahan untuk warga Sabah..

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada abang Alfian atas sumbangan kewangan untuk melancarkan lagi program ini. Tanpa bantuan beliau agak susah juga hendak bergerak. Motivasi beliau untuk memastikan program ini berjalan menguatkan lagi semangat saya untuk membuat kelas silap mata dan persembahan ini. Jadi, kepada semua magician yang berada di Sabah. Ayuh kita ke Kelas Silap Mata dan persembahan silap mata ini, sukar kita untuk berkumpul dan berjumpa sesama magician tambah-tambah lagi untuk bertemu dengan Shahril dan Ali....Demi pengorbanan sebagai magician untuk menuntut ilmu dan berkongsi ilmu. Ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan.

Bagi magician yang hebat, dia tidak meletakkan dirinya di atas. Dia akan sentiasa menuntut ilmu dan terus menuntut ilmu. keegooan dalam diri harus dipadam dalam diri untuk menuntut ilmu dan berkongsi ilmu. kerana dia tahu. Hanya ilmu adalah kepuasan segala-galanya. Mari kita bersama-sama memeriahkannya.

"Kelas Silap Mata"
Tarikh: 30 Oktober 2010

Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan serbaguna Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau
Yuran: RM80 Seorang

"Persembahan Silap Mata"
Tarikh: 30 Oktober 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 malam-9.30 malam
Tempat: Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau
Tiket: Dewasa - RM10 Kanak-kanak - RM5

Untuk penduduk Tawau, tiket boleh didapati di JENNY COLLECTION, SABINDO PLAZA.

Anda boleh membayar yuran penyertaan dan tiket kepada Magictawau sama ada terus kepada saya atau ke akaun CIMB bank saya di 12140074446523.... Maklumkan dengan saya sekiranya sudah memasukkan wang ke akaun saya. Terima kasih.