Tuesday, December 27, 2011

Kerjasama dengan AMAR Magical Production


Selepas berjaya mengendalikan Program Motivasi AMAR 2011 Tawau Sabah. Banyak lagi kerjasama yang dilakukan dengan AMAR Magical Production termasuk Muzik Video, Video Promo dan DVD Silap Mata. Ucapan terima kasih kepada AMAR Magical Production atas kepercayaan kepada Magictawau untuk membuat video-video berkenaan. Satu penghargaan yang tidak ternilai untuk diri saya. Untuk maklumat lanjut boleh layari : www.amar.com.my









Monday, December 26, 2011

Simple Magic Tutorial - Tisu Trick



Magic seterusnya, tisu koyak bersambung semula. Mudah dan mengagumkan. Sangat sesuai dipersembahkan di majlis makan-makan seperti di restoran, dinner night, wedding, parti hari jadi dan lain-lain. Dalam menuntut ilmu silap mata, kita janganlah terlalu bongkak sekiranya orang kagum dengan magic yang dipersembahkan. Ini kerana sikap bongkak itu boleh memakan diri sendiri menyebabkan orang menyampah melihat perangai anda. Selamat mencuba dan selamat bermagic.

The next Magic, tissue trick. Simple and amazing. Presented at the ideal meal in a restaurant, dinner night, wedding, birthday parties and other. In the pursuit of knowledge magic, we should not be too proud if people were impressed with the magic performed. This is because the arrogant attitude that can cause people to eat themselves Disgust see your behavior. Good luck.

Monday, December 19, 2011

Simple Magic Tutorial - Telan Syiling



Magic ni boleh dibuat bila-bila masa. Hanya perlukan sekeping syiling. Walaupun nampak mudah untuk buatnya amat susah juga. Kalau tidak percaya cuba kamu yang buat. Lagi susah buat depan orang ramai. Kalau tiada keyakinann mesti kantoi. Selamat mencuba.....

This trick can be perform any time. Just need a coin. It may seem easy but is to very difficult for perform. If you do not believe you tried to do. More difficult perform front of the public. If there is no confidence must kantoi. Good luck .....

Magictawau Fan Page


Untuk menjadi magician profesional, perlu mengikut perkembangan zaman. Saya telah membuat "Fan Page" sendiri atau dalam bahasa melayu "Kelab Kipas". Jadi, kepada rakan-rakan bolehlah tekan "like" di Fan Fage saya. Saya dahului jutaan terima kasih. Selamat tahun baru Islam 1433 Hijrah dan selamat tahun baru 2012.

To become a professional magician, should follow the recent trend. I made a "Fan Page" in Facebook the Malay language "Kelab Kipas". So, to all friends can press the "like" button in my Fage Fan. I prefaced thank you. Happy new year 1433 Hijrah Islamic & new year 2012.

Friday, December 9, 2011

Simple Magic Tutorial - Stand Up Pen



Sudah lama tidak buat video tutorial. Magic ni di antara magic yang sangat mudah untuk dipersembahkan. tidak memerlukan apa-apa gimik. Bila-bila masa boleh buat. Untuk menguatkan ilusi magic ini. Jangan ualng dua kali kepada penonton yang sama. dan banyakkan latihan untuk mencantikkan magic ini. Selamat mencuba.

Tuesday, December 6, 2011

Belajar Silap Mata (Terapung-apung)



Keyakinan diperlukan untuk magic ini. Latihan demi latihan agar ia nampak cantik dan sempurna. Nantikan DVD Belajar Silap Mata tahun 2012. email: admin@magictawau.net H/P: 012-8161599

Sunday, December 4, 2011

Belajar Silap Mata (Getah Menembusi Getah)



Magic ini sangat kuat ilusinya. Mengambil masa agak lama untuk menjadikan ia seperti realistik. Kecekapan dan kepantasan diperlukan dalam magic ini. Tidak rugi anda mempelajari silap mata ini.

Thursday, December 1, 2011

Belajar Silap Mata (360 pusing tangan)



Ini juga magic kegemaran ku tidak perlu apa-apa gimik. Bila-bila masa di mana sahaja. Nantikan tahun 2012 akan datang.... berminat sila email or sms saya: admin@magictawau.net (012-8161599).

Wednesday, November 30, 2011

Belajar Silap Mata (Sebalik Cermin)




Antara Magic kegemaran ku kalau buat Street Magic. Mudah dan mengagumkan. Nantikan DVD Belajar Silap Mata (Street Magic) tahun 2012 akan datang. Itulah dikatakan sebagai MAGICCC!!!

Friday, November 25, 2011

Belajar Silap Mata (Naluri)




Tahun 2012, saya akan mengeluarkan DVD Belajar Silap Mata untuk sesiapa yang berminat dengan silap mata. Saya akan membongkarkan beberapa rahsia silap mata kegemaran saya yang sering saya persembahkan kepada orang ramai. Mudah dan mengagumkan.

Sebelum menjualnya tahun 2012, saya akan mengupload video-video yang bakal saya ajarkan dalam DVD tersebut. DVD ini khusus kepada yang baharu berjinak dalam silap mata. Untuk yang profesional, sokongan kamu pun memadai.

Sekiranya anda berminat memiliki DVD ini, bolehlah membuat tempahan awal dengan saya. Anda boleh hantarkan hubungi saya melalui:

HP : 012-8161599
email: admin@magictawau.net

Tuesday, November 1, 2011

Kota Kinabalu & SM Teknik Magic Show

Alhamdulilah semua berjalan lancar. Saya rangkumkan kedua-dua show saya di Kota Kinabalu dan SM Teknik Tawau. Keseluruhan banyak yang kami pelajari daripada kedua-dua persembahan yang kami telah buat. Banyak pengalaman yang kami pelajari. InsyaAllah segala kelemahan akan diperbaiki dari semasa ke semasa.


Saya mulakan show di Kota Kinabalu, kebetulan sekolah saya mengadakan rombongan ke Kota Kinabalu jadi saya mengambil kesempatan untuk pergi ke KK dan terus buat show di sana. Ini kali pertama Magictawau Team buat persembahan di Kota Kinabalu. 10 jam perjalanan memang sugguh meletihkan. Majlis Bank Rakyat pada malam itu memang sungguh meriah dengan persembahan tarian dan nyanyian Abu Bakar Ella (AMPAL). Persembahan magic kami di akhir acara. Kira persembahan kami adalah persembahan istimewa la.


Kami sempat berjalan-jalan dan berjumpa dengan rakan-rakan magic di Kota Kinabalu. Terima kasih semua kawan-kawan di KK. Bercerita dengan kamu tidak kosong semata-mata tapi penuh dengan ilmu perkongsian magic. Memang seronok sepanjang berada di Kota Kinabalu. InsyaAllah ada rezeki kami akan ke sana lagi.


Semasa perjalan pulang ke Tawau pula, kami mendapat panggilan untuk persembahan silap mata sempena Hari Kecemerlangan SM Teknik Tawau. WalaUpun penat, tidak menghalang kami membuat persembahan yang terbaik. Sambutan pelajar SM Teknik sungguh meriah. Sorakan mereka memberi kami semangat untuk buat yang terbaik. Segala penat kami dari Kota Kinabalu terubat dengan sorakan pelajar-pelajar.


Terima kasih kepada kedua-dua pihak atas kepercayaan anda terhadap kami untuk memeriahkan majlis anda. Untuk Bank Rakyat, terima kasih daun keladi. Untuk SM Teknik, kepercayaan kamu sungguh kami hargai. Terima kasih banyak-banyak. Persembahan yang terbaik adalah janji kami untuk kamu semua.

Monday, October 24, 2011

Motivasi AMAR berakhir di Tawau Sabah.



Tawau Sabah adalah destinasi yang terakhir untuk Motivasi AMAR jelajah Malaysia 2011. Menurut beliau Tawau adalah destinasi yang ke - 31. Keberjayaan program ini adalah bantuan dan gerakan oleh pasukan Magictawau Team termasuk Isteri dan anak murid saya. Kesemua peserta program sangat berpuas hati dengan motivasi yang diberikan.

Untuk pengetahuan anda, inilah kali pertama juga saya melihat AMAR memberi motivasi kepada pelajar. Sebelum ini hanya melihat silap mata sahaja. Pengisian program diserikan dengan kumpulan nasyid NEELAM iaitu kumpulan nasyid anak jati Tawau yang ketuai oleh saudara Alias. Kemudian program tersebut juga menjemput magician dari Sandakan iaitu Irfan dan dari Tawau Arman Magic. Tidak ketinggalan saya sendiri mempersembahkan silap mata.


Sehari sebelum motivasi ini bermula, saya dan AMAR telah menghadapi kemalangan jalan raya. Mujur tiada sebarang kecederaan di antara kami, hanya kereta sahaja rosak teruk. Namun kemelangan itu sedikit menyetak semangat kami untuk menghadapi program motivasi esok harinya. Aku berada dalam kejutan begitu juga dengan AMAR. Alhamdulilah pada pagi motivasi tersebut kami berjaya memulihkan semangat untuk meneruskan Program motivasi berkenaan.

Mungkin disebalik kejadian tersebut ada hikmahnya. Ucapan terima kasih untuk AMAR kerana sudi datang ke Tawau untuk memberi motivasi kepada anak jati Tawau. Mohon maaf sebarang kekurangan sepanjang program ini dijalankan. InsyaAllah dimasa akan datang akan diperbaiki. Jika tidak ada halangan akan menjemput beliau sekali lagi...AMAR is the best....

Wednesday, October 19, 2011

Bank Rakyat Tawau Show




Show kali ini ada sedikit kelainan, aku telah membuat cara terbaru iaitu dengan menjadi "Magical Clown". Aku sahaja mau cuba try test persembahan cara begini. Aku mau lihat reaksi penonton terhadap persembahan kami. Secara keseluruhannya, watak Magical clown ini bukan la senang seperti yang dijangkakan. Tapi ada banyak kelebihan, kerana aku sentiasa menjadi perhatian ketika majlis. Selain itu kelebihan menjadi magical clown ini kita boleh buat perkara gila-gila seperti melompat, menari, ketawa dan melambai siapa sahaja kita suka. Sepertinya bebas daripada apa yang tidak biasa dibuat.

Kelemahannya pula, orang sentiasa anggap kau macam barang mainan. Sampai mau ditumbuk sesuka hati ketika kita buat magic. Rasa seram sejuk juga dibuatnya. Tapi itu cabaran menjadi magical clown. Dimasa akan datang akan difikirkan sama ada mau teruskan atau tidak. Terima kasih untuk Irfan dan Hadrian membantu Magictawau Team untuk persembahan malam itu. Banyak ilmu yang boleh dikongsikan sepertinya tiada tamat.

Wednesday, October 5, 2011

Perkhidmatan Photographer AdrySabry

Magictawau Entertaiment maju selangkah lagi, kini kami menyediakan perkhidmatan photographer. Jangan risau photographer ini tidak akan buat sesuatu yang ajaib, photographer ini normal seperti manusia biasa. Perkhidmatan photographer ini adalah sahabat sejati saya semenjak sekolah menengah lagi iaitu Adry Sabry. Dahulunya kami rakan seperjuangan dalam Nasyid, apabila dewasa masing-masing bawa haluan. Tidak sangka beliau mempunyai kesenian dalam bidang ambil gambar. Oleh kerana saya juga buat persembahan silap mata di majlis-majlis tertentu maka seringlah berjumpa dengan beliau kerana khidmatnya pun sama seperti kami. Oleh itu kami bersepakat untuk berkerjasama untuk bergabung memberi perkhidmatan untuk orang ramai. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang beliau : adrysabry.net atau hubungi telefon beliau 0146781836. Di antara perkhidmatan photographer beliau:
  1. Majlis perkahwinan
  2. Majlis hari jadi
  3. Persendirian
  4. Majlis-majlis koporat
  5. dan lain-lain lagi

CONTOH-CONTOH HASIL SENI BELIAU


Friday, September 30, 2011

Magictawau Clown Alfian di Eastern Plaza Tawau




Semuanya berjalan lancar, terima kasih untuk TM (Telekom Malaysia) atas kepercayaan menggunakan khidmat Clown kami untuk event kamu di Tawau. InsyaAllah ada rezeki dilain masa kami sedia berkhidmat dan buat yang terbaik. Terima kasih untuk badut Coco De Clown (Mohd Alfian) memang terbaik. Perkhidmatan lebih daripada terbaik ditunjukkan. Harap kerjasama akan berterusan.


Friday, September 23, 2011

Raya MyTawau di Shevirton Hotel





Sambutan Raya Mytawau diserikan dengan persembahan silap mata daripada kami. Terima kasih MyTawau atas jemputan.


Eyzaar Birthday Magic Show

Rezeki melimpah ruah.... Syukur kepada Mu ya Allah.... Bermula hari raya hingga ke hari ini, persembahan silap mata tanpa henti kami telah dijemput. Sepertinya tiada rehat untuk kami. Hinggakan aku kekurangan tidur dan kurang sihat. Dengan kesibukan promosi motivasi AMAR menyebabkan team kami sedikit bertelagah antara satu sama lain. Tapi bila dapat bayaran semuanya terus selesai.ha,ha,ha... Lucu juga kalau difikirkan.

Terima kasih untuk keluarga Azryaan menjemput kami memeriahkan sambutan hari jadinya pada malam itu. Dapat menyanyi lagi untuk keluarga beliau. Ingat orang muda ndak tau nyanyi lagu lama-lama ka? ha,ha,ha....

Mudah-mudahan rezeki yang melimpah ruah ini memberi kami semangat untuk terus berusaha keras membuat yang terbaik disetiap persembahan kami. Amin...

Perkhidmatan Badut (Clown) & Silap Mata (Magic) di Hari Jadi Eyzaar Birthday. Selamat hari Lahir, moga panjang umur murah rezeki.




Monday, September 19, 2011


Saksikan siaran semula Fuyoo Magic musim 1 dan musim 2 di saluran 104 Astro Ria setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 malam.

Anda ingin Shahril Fuyoo Magic memeriahkan majlis anda?

Hubungi kami ditalian 012-8161599

Kami akan pastikan majlis anda dipenuhi dengan suasana magika yang penuh dengan keajaiban.

Thursday, September 15, 2011

Persembahan Silap Mata untuk semua...


Saksikan persembahan silap mata daripada "Magictawau Team" sempena Promosi Motivasi AMAR 2011 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 12 September 2011
Hari: Sabtu
Masa: 10.00 Pagi
Tempat : Perpustakaan Tawau

Semua warga Tawau dijemput hadir... Masuk adalah PERCUMA (FREE)...

Wednesday, September 14, 2011

Pemberian Surat dan Poster Motivasi AMAR ke SMK sekitar Tawau

SMK Kinabutan Tawau

Bersama pengetua SM Holy Trinity



SMK Jalan APAS Tawau

SM ST. Patrick Tawau

SMK Teknik Tawau

Monday, September 12, 2011

Promosi Motivasi AMAR di Sambutan Raya Pakatan Rakyat








Kami tidak menyebelahi mana-mana parti politik, mahupun kerajaan atau pembakang. Kami diupah untuk membuat persembahan silap mata. Kami pun ambil syak la. Jadi jangan salah faham. Berkesempatan itu kami sempat mempromosikan motivasi AMAR untuk pengunjung yang hadir. Dapat berjumpa kawan-kawan lama dan kumpulan UNIC. Terima kasih untuk ardysabry.net kerana mengambar ketika kami membuat persembahan.

Saturday, September 10, 2011

Promosi Motivasi AMAR di SMK Kuhara dan Perpustakaan





Saya yakin Program Motivasi AMAR ini paling meletup.....