Wednesday, January 5, 2011

Silap Mata di Felda Sahabat 2011








Akhirnya semua amanah yang diberi telah kami selesaikan, persembahan yang kami berikan cukup-cukup memeranjatkan orang yang hadir pada hari itu. Sehinggakan pihak penganjur memaksa kami membocorkan rahsia magic kami. Sangat seronok dengan persembahan kali ini. Walaupun ada beberapa magic yang tidak dapat dibuat atas kongkongan masa, namun itu bukan penghalang untuk kami buat yang terbaik.

Kami bertolak dari Tawau pada hari Jumaat lagi, dan bermalam di Hotel Lahad Datu. Saya bersama rakan-rakan saya iaitu Arman, Irfan, Wan, Hafiz, Zam, dan Alwi turut bersama-sama memeriahkan lagi persembahan yang bakal dijalankan. Kami terpaksa berulang alik dari Lahad Datu ke Felda Sahabt untuk berjumpa dengan pihak penganjur bagi mengetahui perjalanan program tersebut, kami juga memantau kawasan dewan yang bakal kami jadikan pentas persembahan. Walaupun sejauh 100km antara Felda Sahabat dan Lahad Datu, kepenatan kami terubat dengan kecantikan pantai di Felda Sahabat tersebut.

Kami terpaksa merombak cara persembahan kami bagi memastikan ia sesuai dengan majlis. Kami membuat latihan terakhir di dalam bilik hotel, susunan muzik dan barangan yang berkaitan kami sediakan dengan cukup sempurna dan teliti. Kami bertolak seawal 4.30 pagi lagi menuju ke Felda Sahabat 3. Kira-kira pukul 6.00 pagi baru kami tiba di tempat tersebut. Bukan kami sahaja yang buat persembahan pada hari itu, malah artis-artis jemputan juga turut memeriahkan majlis itu. Antara yang saya kenal seperti Siti Hajar (Guru Vokal AF), Rini AF dan Afif Idola Kecil 3.

Persembahan yang kami debarkan adalah persembahan di depan Tan Sri yang merupakan VVIP pada hari itu. Persembahan kami diletakkan selepas sahaja nyanyian lagu Negaraku dikumandangkan. Kami berjaya membuat yang terbaik semua hadirin pada hari itu berpuas hati dengan persembahan kami. Kami dijulang sebagai artis pada hari tersebut.

Sebelum pulang kereta Kelisa kesayanganku dilanggar oleh Bas Ekspress. Mata ku yang sepet menjadi besar, jantungku berdebar kencang macam pom bola. Nasib baik "hand break" kereta kelisa ku tidak kuat, jadi kereta ku terundur sahaja apabila dilanggar oleh Bas Ekspress itu. Untuk menghilangkan kegelisahan itu kami semua mandi terjun ke laut. Tidak cukup mandi laut, kami mandi lagi kolam berhampiran dengan resort tersebut.

Setelah puas mandi, kami makan pisang goreng panas ditepi pantai, sambil membuat refleksi persembahan pada hari itu. Setelah selesai, kami menunaikan solat barulah kami pualng ke Tawau semula. Terima kasih untuk semua rakan-rakan yang bersama saya pada hari persembahan tersebut. Sekian.