Monday, February 28, 2011

David Stone Come To Malaysia


Sekali lagi dunia magic di Malaysia digemparkan dengan kedatangan seorang magician yang terhebat di dunia iaitu David Stone. Magician France ini akan mengadakan kelas magicnya di Malaysia dan bakal mengadakan persembahan silap matanya di Magic Festival yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Ini khabar gembira untuk magician di rantau asia khususnya rakyat Malaysia. Peluang ini tidak seharusnya disia-siakan.

Saya telah pun membayar yuran kelas magic beliau. Supaya saya dapat duduk di depan sekali. Kebanyakan skil dan style magic beliau menjadi ikutan oleh diri saya sendiri. Saya sering menonton persembahan silap mata beliau, dan saya banyak belajar cara-cara beliau mempersembahkan silap mata yang sentiasa bersahaja. DVD nya sentiasa menjadi panduan saya dan sering saya ulang-ulang untuk mengkaji dan mencuba cara magic beliau.

Kini impian untuk berjumpa dengannya akhirnya menjadi nyata, saya berharap rakan-rakan yang lain turut sama-sama mengikuti kelas magic beliau. Kelas magicnya akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Hari: Khamis
Tarikh: 09 Jun 2011
Tempat: Subang Hotel (kurang pasti lagi)
Masa: kurang pasti
Sila hubungi Vincent Tan untuk tempahan dan bayaran kelas magic beliau di nombor ini (012-3373200)
Berharap bulan enam cepat berlalu...... David Stone wait for me ok...

Friday, February 25, 2011

Transformasi Cinta Pertama Remaja - AMAR


Alam remaja tidak akan lari daripada percintaan. Sepertinya perasaan cinta ini sudah sinonim dengan remaja. Saya boleh katakan alam remaja bermula dari tingkatan 1 hingga ke alam Universiti/kolej, waktu inilah bara cinta membuak-buak dikalangan remaja. Namun cinta bagaimanakah yang boleh dikatakan cinta yang sejati? cinta yang suci lagi tulus dan murni.

Tanpa bimbingan yang betul, remaja mudah terpesong. Apabila mereka terpesong maka gelaplah masa depan mereka. Perkataan Cinta Monyet, Cinta SMS, Cinta Surat, Kakak angkat, Abang Angkat, Adik Angkat dan Cinta yang terbaru CINTA FACEBOOK sering didengar dikalangan remaja masa kini. Dating, berpelukan, berpegangan tangan, Lari ikut Boy friend, terlanjur, lahir anak luar nikah, pembuangan bayi ia memang sering dikaitkan dengan REMAJA. Ini akibat apabila cinta pertama remaja tanpa bimbingan yang betul.

Oleh itu bersesuaian dengan buku Motivasi AMAR "Tranformasi Cinta Pertama Remaja" amat sesuai untuk golongan remaja sebagai panduan dan bimbingan mereka menempuhi alam remaja. Ia wajib dimiliki oleh setiap remaja khususnya pelajar muslim. Remaja adalah pemimpin masa depan negara, jika rosak remaja kita hari ini maka hancurlah negara kita di masa akan datang. Apa tunggu lagi miliki buku motivasi " Transformasi Cinta Pertama Remaja"

Jutaan terima kasih untuk AMAR atas hadiah buku dan MTV Karaoke yang diberi. Ia sangat bermakna bagi diriku. Dahulunya aku penonton yang bertepuk tangan melihat pesembahan mu, berebut-rebut meminta tandatangan mu, kini menjadi rakan magic ku pula berkogsi pengalaman dan cerita. Terima kasih AMAR....


Tuesday, February 22, 2011

Bakat TV RTM


Inilah peluang yang ku tunggu-tunggu selama ini. Bakat TV anjuran RTM akan mengadakan ujibakatnya diseluruh negara. Aku sebagai magician tentunya akan turut serta dalam ujibakat ini kerana bakat silap mata juga ada diselitkan sebagai bahan yang bakal diuji. Nampaknya penerimaan silap mata di Malaysia kini sudah mula berkembang.

Aku yakin rakyat Malaysia sudah boleh menerima silap mata sebagai hiburan yang sangat sesuai untuk semua rakyat Malaysia. Perjuangan aku dan rakan-rakan magic yang lain kini tercapai. Penerimaan RTM untuk menyelitkan silap mata sebagai bahan uji bakat sedikit mengejutkan aku. Ini kerana kebiasaannya, pihak media banyak menumpukan kepada bidang nyanyian dan lakonan sahaja. Nampaknya kini tanggapan media kini sudah berubah ke arah satu langkah yang lebih baik.

Saya yakin pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengikuti ujibakat ini. Saya sarankan kepada semua rakan-rakan magic saya untuk mengikuti ujibakat RTM ini. Jangan sia-siakan bakat magic yang anda pelajari bertahun lamanya tanpa ditonjolkan kepada orang ramai. sesuai dengan matlamat magician untuk menghiburkan orang ramai, jadi inilah peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.

Ujibakatnya akan diadakan di RTM diseluruh negara pada 26 & 27 Februari 2011 bermula jam 9.00 pagi. Bukan sahaja bakat silap mata yang diuji tapi banyak lagi bakat yang lain juga turut diuji. anda boleh layari laman ini untuk makliman lanjut :


Inilah masanya untuk magictawau menggegarkan Malaysia...... InsyaAllah...