Tuesday, February 22, 2011

Bakat TV RTM


Inilah peluang yang ku tunggu-tunggu selama ini. Bakat TV anjuran RTM akan mengadakan ujibakatnya diseluruh negara. Aku sebagai magician tentunya akan turut serta dalam ujibakat ini kerana bakat silap mata juga ada diselitkan sebagai bahan yang bakal diuji. Nampaknya penerimaan silap mata di Malaysia kini sudah mula berkembang.

Aku yakin rakyat Malaysia sudah boleh menerima silap mata sebagai hiburan yang sangat sesuai untuk semua rakyat Malaysia. Perjuangan aku dan rakan-rakan magic yang lain kini tercapai. Penerimaan RTM untuk menyelitkan silap mata sebagai bahan uji bakat sedikit mengejutkan aku. Ini kerana kebiasaannya, pihak media banyak menumpukan kepada bidang nyanyian dan lakonan sahaja. Nampaknya kini tanggapan media kini sudah berubah ke arah satu langkah yang lebih baik.

Saya yakin pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengikuti ujibakat ini. Saya sarankan kepada semua rakan-rakan magic saya untuk mengikuti ujibakat RTM ini. Jangan sia-siakan bakat magic yang anda pelajari bertahun lamanya tanpa ditonjolkan kepada orang ramai. sesuai dengan matlamat magician untuk menghiburkan orang ramai, jadi inilah peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.

Ujibakatnya akan diadakan di RTM diseluruh negara pada 26 & 27 Februari 2011 bermula jam 9.00 pagi. Bukan sahaja bakat silap mata yang diuji tapi banyak lagi bakat yang lain juga turut diuji. anda boleh layari laman ini untuk makliman lanjut :


Inilah masanya untuk magictawau menggegarkan Malaysia...... InsyaAllah...

No comments: