Monday, February 28, 2011

David Stone Come To Malaysia


Sekali lagi dunia magic di Malaysia digemparkan dengan kedatangan seorang magician yang terhebat di dunia iaitu David Stone. Magician France ini akan mengadakan kelas magicnya di Malaysia dan bakal mengadakan persembahan silap matanya di Magic Festival yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Ini khabar gembira untuk magician di rantau asia khususnya rakyat Malaysia. Peluang ini tidak seharusnya disia-siakan.

Saya telah pun membayar yuran kelas magic beliau. Supaya saya dapat duduk di depan sekali. Kebanyakan skil dan style magic beliau menjadi ikutan oleh diri saya sendiri. Saya sering menonton persembahan silap mata beliau, dan saya banyak belajar cara-cara beliau mempersembahkan silap mata yang sentiasa bersahaja. DVD nya sentiasa menjadi panduan saya dan sering saya ulang-ulang untuk mengkaji dan mencuba cara magic beliau.

Kini impian untuk berjumpa dengannya akhirnya menjadi nyata, saya berharap rakan-rakan yang lain turut sama-sama mengikuti kelas magic beliau. Kelas magicnya akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Hari: Khamis
Tarikh: 09 Jun 2011
Tempat: Subang Hotel (kurang pasti lagi)
Masa: kurang pasti
Sila hubungi Vincent Tan untuk tempahan dan bayaran kelas magic beliau di nombor ini (012-3373200)
Berharap bulan enam cepat berlalu...... David Stone wait for me ok...

No comments: