Monday, March 28, 2011

Aku Magictawau 2011


Sudah tiba masanya untuk aku mulakan semula Magic aku dalam youtube secara bersiri. Video-video magic yang terkumpul kini boleh di edit dan diupload ke dalam youtube. Tidak sangka kini tahun 2011. Sepertinya baru bermula sahaja aku dalam bidang ni. Banyak ranjau yang ditempuhi hingga ke tahap ini. Banyak pengalaman yang dipelajari untuk aku sampai ke tahap ini.

Sampai satu masa seperti hendak berhenti sahaja dari bidang ini. Sepertinya ingin melupakan sahaja bidang ini buat selama-lamanya. Namun rakan-rakan dan peminat yang tidak jemu menyokong saya terus dan terus memberi semangat kepada saya untuk terus berdiri dan berjalan ke hadapan. Tanpa sokongan mereka tidaklah saya teruskan bidang yang sangat rumit ini.

Aku bersyukur kepada Allah, atas kurniaan yang diberikan oleh-Nya. Semua ujian hidup yang diebrikan mempunyai hikmah yang tersendiri. Semua takdir yang ditentukannya adalah ujian untuk hamba-Nya agar sentiasa beriman kepadaNya. Ku mohon agar sentiasa berada dibawah pimpinanNya.

Tahun 2011, adalah tahun yang penuh dengan pelbagai komitmen. Pada permulaannya aku seperti orang gila sahaja, namun sikit demi sedikit aku dapat mengatasinya sacara perlahan. Apa tidaknya, dengan tugasan sekolah yang bertimbun-timbun, ditambahkan lagi dengan kejayaan sekolah ku mendapat "new deal" lagi bertimbun-timbun lah kerja sekolah ku. Kemudian tidak dicampur lagi dengan PJJ UPM ku setiap Sabtu, mesti tidak dapat dipisahkan dengan kerja kursus dan Examnya. Bila mau belajarnya? Tanggungjawab sebagai ayah kepada 2 orang anak dan 1 orang Isteriku. (nasib baik dapat isteri yang memahami)

Dimana aku nak letak Magic aku dengan kesibukan tanggungjawab yang bertimbun-timbun ini. Tidak akan bertambahlah lemak dibadan aku ini.ha,ha,ha...... Untuk menyelesaikan semua maslah ini hanya satu jawapannya....... REDAH JE......... buat semampu yang boleh..... buat sehabis yang boleh......... anggap semua ini sebagai hiburan pada diri sendiri.......InsyaAllah semunya selesai....

Akhir kata, bertemu lagi untuk tahun 2011 dalam magic. Saya dan rakan-rakan saya akan menjayakan "AKu MAgictawau 2011". Terima kasih keran terus menyokong usaha saya dalam magic.



No comments: