Tuesday, March 1, 2011

Hantu Kak Limah Balik Rumah.... HANCUR!!!!


Terus terang saya katakan dengan jujur dan ikhlas cerita HKLBR sungguh hancur...... hancur segala isi perut aku dibuatnya..... aku tidak pernah lihat filem melayu yang sehebat ini selepas filem P.Ramlee.... bermaksud filem ini saya boleh katakan setanding dengan filem P.Ramlee...kenapa saya cakap sedemikian..... setelah melanggan astro first dan memilih filem HKLBR ni... 3 hari berturut-turut melihatnya berulang kali. Hanya filem P.Ramlee yang mampu membuat filemnya ditonton berulang kali. Tapi kini Mamat Khalid berjaya membuat filem ini sentiasa diulang dan terus diulang.

Walaupun ceritanya mengarut ntah apa-apa ntah. Namun mengarutnya itulah yang menjadikan ia tidak bosan. Dengan watak-watak yang mempunyai trade mark tersendiri membuatkan kita terikut-ikut akan apa yang dorang katakan. Usop dengan tangannya, Pembantu Perubatan dengan perkataan balanya, si gemuk dengan perkataan Sabar je la, watak bomoh jawa dan siam sungguh mencuit hati.

Walaupun penutup ceritanya agak melencong jauh namun bagi saya yang sudah pecah perut ketawa memaafkan segala kelencongan bahagian penutupnya. Lepas ni nak cari DVD yang original sebagai simpanan peribadi. Untuk yang belum menonton cerita ini, jangan tunggu lama-lama. Cepat-cepat tonton cerita yang sungguh menghancurkan perut..... Sabar je la....

No comments: