Saturday, March 26, 2011

Qem Akademi Fantasia 9


Akademi Fantasia sebuah program realti yang paling terkenal di Malaysia akan bermula 2 April 2010. Kini AF masuk ke musim yang ke - 9, aku sebenarnya tidak pernah ambil kisah tentang rancangan AF ini. Sama sekali tidak menahu sama ada masih wujud ataupun tidak. Apatahlagi ingin tahu tarikh tirai pembukaan AF. Berapa banyak sudah pelajar af sebelum ini, aku pun tak tahu dorang dari musim yang keberapa, mcm Mawi? musim berapa ek?

Tapi....... jeng, jeng, jeng..... aku terima sms " bang, saya mahu beli barang magic degan abg, tahun ni saya masuk AF9"..... rupa-rupanya rakan magic aku akan mengikuti AF9 kali ini. Beliau yang saya maksudkan ialah QEM atau nama sebenarnya ( Abdul Hakim bin Aziz) berasal dari Ranau Sabah. beliau salah seorang rajin membeli barang magic dan belajar silap mata dengan saya. Tidak sangka pula dia masuk AF9 dan ingin membawa magicnya bersama-sama untuk AF9 nanti.

02 April 2010 adalah pembukaan tirai 25 peserta yang dan memilih 12 peserta yang terbaik untuk ke pertandingan AF9 yang sebenarnya. InsyaAllah jika tiada halangan, saya yakin dengan kelebihan yang Hakim ada, dia pasti terpilih untuk 12 peserta terbaik. Kalau tidak berjaya pun, ia tetap membanggakan kerana ia satu-satunya pengalaman yang besar untuk QEM dalah hidupnya. Saya doakan Qem berjaya berjuang untuk AF9 ini. Kalau ada kredit di telefon ku aku undi juga kau QEM....ha,ha,ha.... yang penting niat di hati QEM adalah untuk menghiburkan orang ramai..... ok mari kita nantikan pembukaan AF9 nanti.... AYOH QEM!!!!

No comments: